JANGKITAN Covid-19 nampaknya kembali mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Rakan admin sendiri ramai yang mengadu ada ahli keluarga mereka  dijangkiti wabak itu baru-baru ini.

Kita juga dapat saksikan media melaporkan kes positif virus tersebut menunjukkan peningkatan sejak bulan lepas.

Bukan sahaja di negara kita, Singapura juga mencatatkan  angka yang semakin menaik.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Kementerian Kesihatan Singapura memberitahu, jumlah kes harian di Kota Singa itu meningkat daripada kira-kira 1,000 kes sehari pada tiga minggu lalu.

Jumlah tersebut telah meningkat dua kali ganda iaitu hampir 2,000 kes untuk dua minggu lepas.

 

“Situasi tersebut diburukkan oleh dua subvarian baharu iaitu EG.5 dan HK.3.

“Ia telah menyumbang lebih 75 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.

Disebabkan kita semua hampir terlupa apa langkah susulan yang perlu diambil jika positif atau ahli keluarga kita yang ‘terkena’, SinarPlus akan membantu anda untuk refresh semula.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portalnya  mengemaskini pengurusan kes positif dan kontak rapat kepada kes Covid-19.

“Kes positif Covid-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama lima hari dari tarikh bermula gejala.

“Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Baca juga: Mata merah simptom varian baru Covid-19, kanak-kanak paling berisiko! Ibu ayah wajib tahu ni

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.


Selepas tamat tempoh kuarantin, pesakit masih perlu untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1. Memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah.

2. Elak berada di tempat yang sesak.

3. Elak melawat kumpulan berisiko tinggi.

4. Membuat perjalanan perlu sahaja.

5. Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

Semua pendekatan itu perlu dilakukan hingga hari ke-10 selepas jangkitan.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Sementara itu, kontak rapat kepada kes Covid-19 pula digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema.

Mereka juga digalakkan agar melakukan ujian pengesanan kendiri.

Baca juga: Radang paru-paru akan lebih teruk jika pesakit dijangkiti Covid-19. Rawatan juga makin sukar

SUMBER August de Richelieu daripada PEXELS.

Berikut SinarPlus kongsikan pula garis panduan pengurusan kontak rapat kepada kes positif berdasarkan saranan KKM.

1. Status kesihatan tidak bergejala

Kuarantin: Tiada

Iklan

Keperluan ujian pengesanan Covid-19: Tiada

Amalan langkah pencegahan: Dalam tempoh lima hari dari hari terakhir pendedahan kepada kes positif.

Pelepasan kuarantin: Tidak berkenaan

Baca juga: Penyakit X: 30 kali lagi ganas daripada Covid-19. Negara kotor jadi punca wabak atau ada faktor lain. Ini kupasannya

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

2. Status kesihatan bergejala

Kuarantin: Digalakkan untuk kuarantin kendiri

Keperluan ujian pengesanan Covid-19: Digalakkan melakukan ujian RTK-Ag kendiri pada hari gejala bermula dan pada hari ketiga.

Amalan langkah pencegahan dan pelepasan kuarantin: Jika keputusan ujian RTK-aG kendiri adalah negatif dan gejala berkurangan, boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Iklan

Seperti yang semua sedia tahu, Covid-19 adalah wabak pendemik dan langkah pencegahan tidak boleh diambil ringan.

Nasihat SinarPlus, pakai pelitup muka, segera lakukan ujian kendiri sekiranya  bergejala dan kerap mencuci tangan.

Jika ada didapati positif pula, pastikan update di MySejahtera ya.

Berhati-hati semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang