'Jual dendeng & sambal pun dah penat' Khairul Aming dedah scammer salah guna suara dan wajahnya jual kuali

No Image Caption
A
A
A

Kemajuan teknologi masa kini sememangnya memudahkan dan membantu dalam kehidupan seharian kita. Terutama teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mana berpotensi membantu kerja manusia sepenuhnya seperti penulis, penjual, pereka grafik dan jurufoto.

Namun, di sebalik kebaikan itu, terselit masalah yang timbul bilamana ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan kecanggihan itu untuk menipu orang ramai dan mengundang fitnah.

Salah seorang yang menjadi mangsa penipuan AI iaitu usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming telah tampil mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi wajah dan suaranya untuk melakukan penipuan jualan atas talian.

Menurutnya, beliau perlu menjelaskan keadaan tersebut bagi mengelakkan orang ramai terpedaya dengan scammer tersebut.

“Ini ada satu benda penting yang saya kena jelaskan sebab ia makin merisaukan. Suara yang anda dengar tadi yang anda tengok tadi bukan suara Khairul Aming. Itulah AI yang scammer salah guna untuk tipu orang ramai.

“Ada yang jual periuk, ada yang jual Apple Watch, jual blender, macam-macamlah, macam-macam muka. Muka saya sudah diguna (salah guna) untuk macam-macam benda.. sudah di luar kawalan,” kata pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman.

No Image Caption

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dan periksa dengan teliti sebelum membeli sesuatu benda.

“AI sudah disalah guna. Macam-macam posting yang anda nampak macam orang itu, tapi sebenarnya bukan. Maka berhati-hatilah, jangan mudah percaya.

“Kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang di luar sana yang tengok, tolong berhati-hati. Di Facebook sudah semakin berleluasa benda ini. Fikir, siasat, teliti baik-baik sebelum membeli sesuatu benda,” pesannya.

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan di ruangan kapsyen perkongsian tersebut bahawa dia hanya menjalankan perniagaan menjual Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet sahaja.

“Fitnah sudah semakin berleluasa. Please tolong report scammer yang salah guna muka dan suara orang untuk menipu orang ramai.

“KA (Khairul Aming) tak jual barang-barang selain dari Sambal Nyet dan Dendeng Nyet saja,”tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, Che Puan Sarimah Ibrahim juga akui pernah menjadi mangsa scammer yang menggunakan wajahnya untuk menjual rumah.

"My goodness..I know the feeling. Pernah ada yg guna muka i untuk jual rumah even my poorcat was in their poster!!"

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang