'24 tahun saya tak minum manis...'Bukan hanya hidap penyakit SLE, kini disahkan diabetes, tangisan pempengaruh bikin warganet sebak!

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH Mira Rosli atau lebih dikenali sebagai Mira Kuku baharu sahaja mendedahkan dirinya disahkan diabetes.

Menerusi penstriman langsung, TikToker yang memiliki hampir 1 juta pengikut itu sedih menerima kenyataan dirinya mengalami kencing manis walhal telah menjaga pemakanan dengan ketat.

Video yang dimuat naik semula pengguna TikTok @lhaneikha itu memaparkan Mira menangis di hadapan suaminya, Dr Raiman.

Terdahulu, Mira telah disahkan mengalami sistemik lupus eritematosus (SLE) yang juga dikenali sebagai lupus.

No Image Caption

Tidak hanya mengelak makanan manis, beliau juga terpaksa menjaga pemakanan kerana kerana penyakitnya itu.

"24 tahun hidup saya tak pernah minum manis. Habis tu saya yang kena kencing manis.

"Berilah peluang kepada saya rasa minuman manis. Lepas ini saya tidak akan minum manis.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak makan ayam tak boleh, Kyochon tak boleh, makan telur tak boleh.

"Macam mana saya nak nikmati hidup saya," kongsinya.

Malah beliau juga kecewa kerana tidak lagi boleh mengambil minuman berkarbonat.

"Sudahkan awak buanglah air Coke tu, saya tak nak rasa dah. Coke atau Milo,"

“Awak dengan ibu selalu bebel tak jaga makan, cuba awak jaga makan macam saya. Makan nasi, brokoli, ikan, boleh ke hari-hari?” luahnya kepada suami.

No Image Caption

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan simpati dan mendoakan agar keadaan kesihatan influencer itu dipermudahkan.

"Dia sakit SLE, memang mudah kena kncing manis. Ya ALLAH kasihannya. Moga dipermudahkan urusan Mira."

"Nampak macam kelakar tapi aku pun ikut menangis. Kesian Mira."

"Saya simpati dengan Mira. Harap Mira ada support system yang kuat."

"Moga ALLAH kuatkan dia. Sebab itu ALLAH ketemukan jodoh dengan doktor. Sekurang-kurangnya ada orang terdekat boleh membantu."

Sekadar info, SLE merupakan penyakit kronik autoimun di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan sendiri.

SLE boleh menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain.

Menurut National Library of Medicine, penghidap SLE mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes mellitus berbanding populasi umum.

Hal ini kerana kerana SLE boleh menyebabkan rintangan insulin dan mengubah metabolisme glukosa.

Sumber: TikTok, National Library of Medicine

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang