Achey sangkal dakwaan kumpul 48 motosikal satu kerugian, akui jual demi rawat ibu sakit kanser!

No Image Caption
A
A
A

TIADA betul atau salah dalam penyimpanan harta atau aset. Ia bergantung kepada cara seseorang itu mengurus dan memanfaatkan aset tersebut.

Jadi, jangan pernah mempertikaikan aset atau koleksi seseorang kerana kita tidak tahu ia mungkin berguna pada waktu kecemasan.

Misalnya seperti yang berlaku kepada pelakon dan pelawak, Achey, apabila ada pihak mempersoalkan tindakannya mengumpul koleksi motosikal dalam jumlah yang banyak dan tidak membeli aset seperti tanah.

Achey membuktikan bahawa pembelian motosikal itu berguna apabila beliau dapat menjualnya untuk membiayai kos perubatan arwah ibunya, Ngaisah Hassan, seperti dikongsikan dalam sebuah podcast baru-baru ini.

“Orang kecoh dengan aku, ‘Wah ada 48 biji motosikal,’ tapi aku ada visi aku tersendiri.

“Dekat sini aku nak bagitahu, ini bukan nak mengungkit ya, tapi lebih kepada persediaan buat anak-anak di luar sana.

“Ramai yang cakap dekat aku, ‘Oi jadi artis beringatlah. Kau beli motor sampai 48 biji, motor kau nak buat apa?’

“Ini aku nak cerita... Arwah mak aku sakit selepas arwah ayah aku meninggal, ada komplikasi dekat pankreas. Ketika itu, untuk dapatkan rawatan terbaik, berapa banyak simpanan yang kau ada?

“Jadi untuk seorang ibu yang melahirkan 10 orang anak, takkan tiada seorang pun yang boleh berikan rawatan terbaik kepada dia, sedangkan dia dah bagi yang terbaik kepada kita.

“Dan aku memang cakap, aku akan bawa mak aku ke hospital yang paling baik,” katanya.

No Image Caption



Tambah Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah , wang tunai dapat diperoleh dengan lebih mudah melalui penjualan motosikal berbanding jika memiliki tanah atau hartanah lain.

“Dua benda saja. Kau ada duit, kau ada emas. Kau ada benda yang boleh dicairkan dengan cepat. Tanah, takkan hari ini kau jual, esok terus dapat duit. Rumah pun sama.

“Jadi masa mak aku sakit, aku hantar ke hospital terbaik. Kosnya memang berpuluh ribu. Kita nak bagi rawatan terbaik.

“Dengan setitis susu yang mak aku bagi sampai aku jadi macam ini, tak terbayar dengan apa nilai pun yang aku ada.

“48 biji motosikal yang aku ada itu, aku ‘cairkan’ satu per satu. Inilah benda yang korang cakap rugi aku beli. Ada yang cakap, ‘baik beli tanah’, dan sebagainya. Tapi inilah yang korang kata rugi, tapi sebenarnya membantu,” jelasnya.

No Image Caption



Dalam pada itu, Achey turut menzahirkan penghargaan kepada isterinya, Nor Hasanah Yahaya, yang sanggup menggadaikan barang kemas demi membantu membiayai rawatan ibunya.

“Masa itu, isteri aku pun rela hati membantu. Sebab itu aku cakap, isteri aku ini ‘lain’.

“Waktu itu dia tahu dalam akaun bank aku tak banyak sangat duit, tapi dia tolong dengan cara gadaikan barang kemas dia. Itulah perjuangan isteri aku untuk mak mentua dia.

“Tapi selepas aku dapat balik duit, aku berjaya gantikan semula apa yang isteri aku ‘cairkan’ untuk mak aku,” katanya lagi.

Sekadar info, ibu kepada Achey iaitu arwah Ngaisah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser pankreas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 25 April 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang