Along Cham dakwa isteri tidak mengaku lafaz rujuk, punca kes cerai berlarutan

URUSAN penceraian melibatkan Along Cham dan isteri, Afreena Suhaimi tidak berjalan dengan lancar apabila kes pengesahan lafaz taklik mereka ditangguhkan ke tarikh lain.
Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, ketika ditemui SinarPlus mendakwa Afreena sendiri menjadi punca kes penceraian mereka berlarutan apabila berbohong mengenai lafaz rujuk yang dibuatnya pada Jun tahun lalu.
“Sebelum ini dia beritahu nak percepatkan kes, tetapi apa yang berlaku, dia pula tak mengaku (lafaz rujuk) dan kes menjadi semakin panjang.
“Dia tahu apa yang dia sudah buat... Sepatutnya mengaku sahajalah, semuanya boleh selesai hari ini.
“Disebabkan dia tak mengaku berlakunya rujuk, kes terpaksa dibicarakan lagi dan itu membuatkan saya rasa sangat kesal.
“Selepas rujuk dia menipu lagi, mana tak naik darah saya? Sebab itulah lafaz taklik berlaku dan itu pun dia tak mahu mengaku sampai sekarang,” katanya selepas perbicaraan kes pengesahan lafaz taklik yang difailkan terhadap Afreena di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.

Tambah pelakon yang terkenal dengan filem Adnan Sempit, dia juga ingin masalah ini diselesaikan dengan segera. Namun akur apabila ditunda ke tarikh baharu.
“Kalau boleh, saya memang nak selesaikan hari ini juga. Bila perkara ini berlarutan, terlalu banyak spekulasi dan kecaman netizen perlu saya hadap.
“Banyak perkara dia cuba manipulasi. Saya masih berpegang bahawa kami ini suami isteri yang sah. Kalau saya betul-betul zalim, banyak tindakan yang saya dah boleh ambil.
“Disebabkan peguam banyak beri nasihat, jadi saya ikut dan tunggu saja proses mahkamah,” ujarnya.
Mahkamah menetapkan 1 dan 3 Julai ini selepas selesai mendengar sebahagian daripada keterangan Along berhubung lafaz cerai taklik pada Jun tahun lalu.
Untuk makluman, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu selepas Along menduda selama beberapa tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang