Alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Mimi Fly menyentuh hati panel, warganet. ‘Sampai ke dalam jiwa!’

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Mimi Fly sekali lagi berjaya 'mencuri hati' ramai apabila mengalukan bacaan ayat suci al-Quran! 'Sampai ke dalam jiwa, syabas!'

SELEPAS meraih perhatian dengan nyanyian lagu Angkat, Mimi Fly sekali lagi berjaya mencuri hati orang ramai dengan lagu raya, Serumpun.

Keunikan kedua-dua lagu baharunya ini ialah penggunaan bahasa isyarat dalam tariannya.

Bukan sekadar itu sahaja, terbaharu, beliau sekali lagi meraih perhatian apabila mengalunkan ayat suci al-Quran dalam program Geng Ngaji musim keenam.

No Image Caption

Tampil manis berhijab, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 39, membaca potongan ayat daripada surah Al-Jaathiyah, ayat 20 hingga 21.

Kelunakan suara Mimi dengan tajwid yang betul membuatkan tiga panel dalam program tersebut terpegun dan memuji kehebatan bacaannya.

No Image Caption

"Masya-ALLAH, tak sangka saya. Inilah yang saya suka apabila ada sahabat kita daripada kalangan penyanyi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran, tercengang kita yang mendengarnya," kata Ustaz Tarmizi dalam video yang dimuat naik di laman Instagram.

Meninjau ruangan komen, rata-rata turut memuji kebolehan Mimi. Malah, ada yang menangis mendengar bacaannya.

Allahu... merdunya. Sampai ke dalam jiwa. Syabas @mimiflyyy

Masya-ALLAH, ini ‘vibes’ yang bagus. Mimi bukan sahaja dapat menyanyi dengan baik tetapi juga hebat mengaji Al-Quran. Kelebihan yang indah ALLAH SWT kurniakan. Allahuakbar.

Saya tidak tahu kenapa, tetapi saya menangis. Subhanallah. Tabarakallah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang