'Ammar dah kembali ke negeri asal...' - Kanak-kanak dipukul tukul meninggal dunia, status bapa undang pilu

No Image Caption
A
A
A

KANAK-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dipukul tukul oleh bapa saudara, Muhammad Amar Muhammad Badrul sudah kembali ke rahmatullah selepas enam hari bertarung nyawa.

Bapanya, Muhammad Badrul Remli, 30, sempat memuat  naik status pilu memaklumkan pemergian anak sulungnya itu.

" Assalamualaikum, anak saya Muhammad Ammar da (dah) kembali ke negeri asal...sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

"Terima kasih, meninggal jam 3.02 petang," kongsinya.

No Image Caption

Terdahulu, Sinar Harian mendedahkan jantung kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berhenti berdegup selama 14 minit ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) pada pagi Selasa.

SinarPlussebelum ini berkongsi kisah pilu kanak-kanak lelaki parah selepas dipukul bapa saudaranya dengan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat.

Bapa saudara berkenaan yang berusia 46 tahun itu kemudiannya ditemukan meninggal dunia berhampiran Pantai Melawi, Bachok, kira-kira tiga kilometer dari rumah kedai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang juga ibu saudara kanak-kanak itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang