'Arwah anak sulung, harapan keluarga...' Tunggu giliran naik bas, siswi UUM maut dilanggar dalam kampus

No Image Caption
A
A
A

PERGINYA dalam perjalanan menuntut ilmu, pelajar semester keeempat Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, menghembuskan nafas terakhir salam kejadian tragis selepas dilanggar bas kampus Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam kejadian tragis yang berlaku jam 8.45 pagi di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, UUM pada Sabtu, arwah disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Berikut info kejadian yang dilaporkan portal berita tempatan:

No Image Caption



1-Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kemalangan melibatkan dua buah bas milik syarikat yang sama.

2-Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas pertama sedang berhenti di perhentian untuk mengambil penumpang sebelum dilanggar dari belakang oleh bas kedua.

3-Impak pelanggaran menyebabkan bas hadapan menggelongsor ke depan dan melanggar besi penghadang jalan, sebelum menghimpit Manarina Hasya yang sedang menunggu giliran untuk menaiki bas berkenaan.

4-Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

5-Kedua-dua pemandu bas, masing-masing berusia 32 dan 37 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

6-Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya. Pihak polis menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

ANAK HARAPAN KELUARGA

No Image Caption



Menerusi perkongsian warganet, Maya Adzlianie, Allahyarham Manarina Hasya anak harapan keluarga.

"Berita yang sangat mendukacitakan semua warga UUM.

"Keluarga arwah dari Johor dan merupakan keluarga yang bukan senang. Arwah merupakan anak sulung harapan keluarga," katanya.

Warga maya yang tersentuh dengan berita menyayat hati itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Tidak kurang yang mahu tindakan diambil

"Sedihnya baca. Dalam perjalanan untuk menuntut ilmu. Kalau sudah nama ajal. Tidak akan terlewat atau terawal walaupun sesaat. Al-Fatihah. Moga syurga buatnya."

"UUM perlu kaji semula pengurusan bas. Teknikal bas, etika pemandunya. Dalam kampus pun laju dan tidak hormat kenderaan lain."

"Turut berdukacita saja tidak cukup UUM. Tolong bertanggungjawab kerana kehilangan nyawa mahasiswi ini disebabkan kecuaian. Arwah adalah harapan keluarga."

"Pihak UUM perlu perketatkan lagi sistem keselamatan pelajar. Saya biasa nampak pemandu bas bawa laju dalam kampus semasa hantar anak saya. Sekarang semua ibu bapa dah mula bimbang termasuk saya. Sudahlah ramai pelajar berdiri di dalam bas dan ia pula dipandu laju. Bayangankan kalau brek mengejut. UUM bantu la kami ibu bapa, kaji balik dan pantau."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang