Atas rapi bawah terdedah, awas tetap ambil gambar satu badan! Pemuda ini tampil perjelas pengesanan muka di aplikasi
ZAMAN maju masa kini, banyak urusan dapat diselesaikan melalui atas talian sahaja. Namun begitu, sesetengah aplikasi memerlukan seseorang itu membuat pengesahan muka untuk padanan dengan data peribadi kita.
Jika anda perasan, setiap kali diminta untuk menangkap gambar, pasti kita dikehendaki meletakkan muka dalam bulatan atau frame yang diberikan.
Oleh sebab itu, ramai antara kita yang mengambil jalan mudah hanya memakai secara formal di bahagian tersebut sahaja. Pada hakikatnya, aplikasi berkenaan rupanya mengambil gambar keseluruhan termasuk kepala dan badan.
Seorang pengguna di laman Facebook, Nordin, tampil meluahkan kebimbangan terutamanya dalam kalangan wanita kerana pengesahan muka tersebut dilakukan tanpa memakai tudung atau berpakaian elok.
“Gambar itu ada yang akan disahkan oleh manusia. Maksudnya ada orang lain yang tengok gambar selfie tersebut untuk tujuan pengesahan sama ada gambar sepadan atau tidak dengan kad pengenalan,” jelasnya.
Beliau turut berpesan kepada golongan wanita terutamanya muslimah supaya berpakaian lengkap.
“Jadi tolong pakai baju, jangan sekadar bersinglet atau langsung tiada benang di badan, terutama para wanita. Yang Muslimah pun jangan lupa bertudung sebab ramai beranggapan yang buat pengesahan muka ini diperiksa oleh robot. Dia ambil gambar laju-laju dalam keadaan santai di rumah sambil fikir tiada siapa yang akan nampak badan dia,” ujar Nordin
Dalam pada itu, perkongsian yang mendapat perhatian dari ramai orang itu turut diperkuatkan lagi apabila terdapat seorang pegawai bank turut menasihatkan perkara sama.
“Saya kerja bank dan ya, benda ini betul. Saya buat pengesahan muka, ada sahaja perempuan yang muka bangun tidur pakai singlet. Kalau yang teruk sangat saya reject sahaja walaupun muka nampak macam kad pengenalan sebab nanti gambar tersebut bank simpan sebagai data sampai bila-bila. Walaupun tutup akaun, bank simpan data itu online, selamanya,” komen beliau.
Jadi, sesiapa yang membuat urusan secara atas talian di aplikasi, pastikan dalam keadaan yang bersedia terutamanya jika anda diperlukan untuk menangkap gambar.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang