'Ayah sudah tiada, adik bergilir kerja demi kakak di UPSI.' Asyraf Wajdi kongsi kisah sayu mangsa nahas bas di Gerik

No Image Caption
A
A
A

KISAH tragis nahas bas dan MPV di Tasik Banding, Gerik awal pagi semalam masih lagi menghantui jiwa rakyat Malysia sehingga ke hari ini.

15 jenazah mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah pun selamat dikebumikan awal pagi tadi di lokasi masing-masing.

Semestinya, peristiwa hitam itu tidak dapat dilupakan oleh mereka yang terselamat yang kini menerima rawatan di hospital. Terkesan dengan apa yang berlaku, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sempat meluangkan masa melawat mangsa-mangsa kemalangan yang mendapat rawatan di Hospital Gerik semalam.

Melalui lawatan ini, beliau mendapati rata-rata pelajar yang ditemui adalah berasal daripada keluarga yang susah dan sederhana. Salah seorangnya adalah, Nur Ain Najwa yang mengalami cedera patah tangan.

No Image Caption

“Ibunya tidak sihat dan hanya bekerja mengambil upah cuci rumah orang. Ayah dah meninggal dunia. Arwah ayah hanya bekerja sebagai ‘pomen’ di bengkel sebelum ini.

“Lebih menghibakan apabila mendengar Ain bercerita sambil mengalirkan air mata yang mana adik-adik terpaksa berkorban mencari nafkah bergilir untuk bekerja dan menolak tawaran sambung belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) untuk tampung pengajian kakaknya di UPSI.

“Ain juga menambah, mereka cuba mohon MARA tetapi silap hantar borang hingga permohonan ditolak. Jadi terpaksalah mereka tolak untuk sambung pengajian,” kongsinya di ruangan status Facebook miliknya.

Mendengar keluhan dari hati anak ini, beliau rasa sedih dan tekad mahu membantu anak-anak tersebut mendapatkan pengajian yang sebaiknya.

“Berkali-kali saya ingatkan agar jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh mengubah kehidupan” tambahnya lagi.

Beliau yang mewakili Timbalan Perdana Menteri dan YPM memberitahu, Yayasan Pelajaran MARA turut menyalurkan bantuan kilat sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar untuk kurangkan beban keluarga mangsa yang terpaksa datang jauh untuk menguruskan anak-anak mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang