Bayi ditunggu 13 tahun pergi selamanya, Cikgu Sabrina kuat semangat akan kembali bertugas
PERISTIWA hitam kehilangan anak sulung, Cikgu Sabrina Hakiem Zaini, 39, meruntun hati ramai. Biarpun kehilangan zuriat yang dinantikan selama 13 tahun, Allahyarham Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri baru-baru ini dipercayai angkara pengasuh, guru wanita itu terus bersemangat untuk kembali bertugas.
Pendidik itu dijadualkan akan kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Cikgu Sabrina menunjukkan komitmen untuk melaksanakan tugasnya di sebalik ujian ditempuhi ketika ini.
"(Sabrina akan kembali bertugas) selepas cuti September inilah (cuti sekolah pertengahan penggal kedua dari 13 hingga 21 September).
"Jadi beliau buat keputusan untuk meneruskan (kerjaya sebagai guru).
"Nampak beliau masih mempunyai semangat yang kuat dalam pendidikan dan guru yang sangat komited," kata Fadhlina yang menziarahi Sabrina dan keluarganya di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.
Katanya, Kementerian Pendidikan akan memberi segala sokongan dan bantuan diperlukan guru itu termasuklah persediaan untuk beliau kembali bertugas nanti.
"Kami akan beri tumpuan dulu dari segi psikososial dan mungkin juga persiapan untuk beliau kembali mengajar sebab sebelum ini beliau cuti mengajar agak lama," katanya.
Media sebelum itu melaporkan bayi lelaki meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri, sejuk, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.
Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata di taska berkenaan pada 3.30 petang bagi membantu siasatan.
Bapa bayi itu, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, memaklumkan anaknya Muhammad Al Fateh Amri baru lima hari dihantar ke taska berkenaan.
Bapa mangsa, Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi turut meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek.
Ujarnya, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska berkenaan terhadap bayinya dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang