Bayi dua bulan ditinggalkan di hospital akibat sawan disyaki mangsa dera ibu bapa kandung

No Image Caption
A
A
A

RAMAI pasangan suami isteri menunggu bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri. Sanggup berkorban apa sahaja demi menimang cahaya mata yang ingin disayangi sehingga ke akhir hayat. Namun, apa yang berlaku di Melaka ini adalah sebaliknya.

Seorang ibu muda mendakwa bayinya diserang sawan sebelum meninggalkan mangsa di hospital sejak pukul 1 pagi tanpa sebarang pemantauan. Secara logiknya, bayi yang masih kecil tidak akan ditinggalkan begitu sahaja apatah lagi dalam keadaan kritikal.

Ketika kejadian, mangsa yang tidak sedarkan diri di hantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut. Pemeriksaan susulan mendapati, bayi tersebut mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam disyaki akibat didera.

Si kecil itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Hasilnya, pihak hospital mendapati bayi berkenaan mengalami pendarahan lama dan baharu di dalam kepala, selain kesan lebam serta luka-luka di badan dan leher. Mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Melaka.

Pakar perubatan segera membuat laporan polis berkenaan penemuan ini. Ibu dan bapa bayi berkenaan yang masing-masing berusia 22 tahun kemudian ditahan pada pukul 6.30 petang semalam.

Kedua-duanya yang juga penganggur direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang