Berbulan tunggu khabar Fatimah The Family UK, warganet lega terima perkembangan terbaharu. ' Ya ALLAH sembuhkanlah...'
BEBERAPA bulan tanpa khabar terbaharu, keluarga media sosial cilik, Fatimah Omar Mukhlis akhirnya berkongsi perkembangannya.
Kanak-kanak yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di United Kingdom itu dikatakan masih lagi menjalani rawatan di Birmingham, United Kingdom.
Keluarganya berkongsi video pempengaruh berusia 10 tahun itu berada di wad dan tidak ketinggalan mengikuti pelbagai aktiviti di sana termasuk melukis, mewarna dan bercerita.
Nenek dan datuknya tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan buat Fatimah.
"Tahun ini telah menguji keluarga kami dengan cara yang tidak akan difahami sepenuhnya oleh sesiapa pun tetapi kami melalui setiap cabaran dengan tabah.
Artikel berkaitan:
- Keadaan kurang baik, Fatimah The Family UK ditidurkan. Prosedur biopsi dilakukan sekali lagi
- 'Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.' Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya
- '8 hari belum berhenti.' Fatimah The Family UK alami pendarahan selepas pembedahan kini lemah, keluarga mohon doa
"Dengan rahmat ALLAH, kami kembali setelah menghadapi masa-masa paling sukar bersama. Berdoa dan berkasih sayang serta mendoakan insan yang dikasihi.
"Terima kasih kerana membawa kami melihat dari sisi lain. Kita akan melangkah ke tahun hadapan ini dengan berganding bahu.
"Semoga ALLAH mengiktiraf ketabahan yang ditunjukkan setiap daripada kita, dan membuka jalan ke tahun 2025," kongsinya.
Susulan hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram thefamily.uk itu, warganet menitipkan doa kesembuhan buat Fatimah dan berharap keluarganya terus tabah.
Tidak kurang juga menzahirkan rasa lega mengetahui keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.
"Berbulan lamanya ternanti-nanti video daripada Mrs Mommy, Alhamdulillah hari ini berasa lega tengok Fatimah. Semoga ALLAH angkat doaku untuk Fatimah, kembali sihat seperti sedia kala."
"Akhirnya dapat berita mengenai Fatimah. Hadiah Rejab yang terindah. Moga ALLAH ambil semua penyakit yang ditanggung si cantik manis ini dan kembali ceria pada 2025, aamiin."
"Semoga doa kami dimakbulkan pada malam 1 Rejab. Ya ALLAH, sembuhkanlah Fatimah. Aamiin. Be strong The Family UK."
Untuk rekod, Fatimah dimasukkan ke hospital sejak Mac 2024 dan pernah mengikuti prosedur pembedahan biopsi. Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail memohon maaf kerana belum bersedia berkongsi dengan umum secara terperinci.
Fatimah, anak kedua daripada tiga beradik terdahulu tular dan meraih populariti di laman sosial Instagram.
Beliau pernah menerima Anugerah Bintang Popular bagi kategori Personaliti Media Sosial Popular pada tahun 2018.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang