Berderau darah ibu dapat tahu anak bawa RM3000 ke sekolah! 'Ikut mama beri duit pada orang'

No Image Caption
A
A
A

ZAMAN dulu, bawa duit belanja bawah satu ringgit pun dah memadai. Boleh beli macam-macam, lengkap la makanan berat dan air.

Kini, paling kurang pun seorang murid perlu bawa lebih kurang RM5 untuk membeli makanan ketika waktu rehat.

Namun, lain pula kes baru-baru ini yang mana kecoh apabila seorang murid didapati membawa duit belanja sebanyak RM3000 ke sekolah! Perkara ini disedari oleh guru yang kemudiannya menghubungi si ibu bertanyakan hal tersebut.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku di laman X miliknya, awalnya beliau menyangka anaknya itu membawa duit raya ke sekolah. Tetapi sebaliknya apabila cikgu mengatakan jumlah yang dibawa ke sekolah itu rupanya beribu!

No Image Caption

"Korang, pernah tak anak korang bawa RM3000 pergi sekolah? Berderau darah weh! Cikgu telefon cakap puan tahu tak anak puan bawa banyak duit ke sekolah. Bagi saya, mungkin dia bawa duit raya dia la kan.

"Saya balas tak tahu pula cikgu. Kemudian cikgu sambung, kalau 10, 20, 50 atau 100 saya ok lagi puan. Ni dia bawa beribu. Saya diam dan tarik nafas dalam-dalam.

“Saya minta maaf dekat cikgu kerana tidak tahu dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana kebiasaannya duit belanja hanya diberikan RM5 sahaja,” tulis Saidatul Liyana atau nama gelarannya Cikdat dalam perkongsiannya itu.

Bukan itu sahaja, cikgu turut memaklumkan anaknya itu memberi wang berkenaan kepada rakan sekelas. Setiap mereka ada menerima RM100, RM150 dan RM50.

Difahamkan juga, jumlah wang tunai bernilai RM3000 itu hanya tinggal RM800 sahaja kerana tindakan anaknya itu.

“Saya menangis bila dengar benda ini. Bukan senang nak cari duit RM3000. Anak saya senang je bagi kawan-kawan dia. Cikgu suruh datang jumpa guru disiplin pada hari Isnin,” jelasnya.

No Image Caption

Contohi ibu gemar beri wang

Selepas pulangnya anak itu dari sekolah, wanita itu bertanya tentang duit tersebut dan anaknya memberitahu itu merupakan duit raya dia dan adik-adik.

Gerak hati ibu sememangnya tepat. Si ibu tergerak hati untuk periksa tentang duit raya dan setelah diperiksa, hanya duit yang besar nilainya diambil. Malah, yang sedikit ditinggalkan. Bukan itu sahaja, duit yang dibawa itu juga termasuk sekali duitnya dan aqiqah bayi.

Setelah disoal, si anak memberitahu memberi wang kepada rakan-rakan kerana mengikut tindakan ibunya yang sering menghukurkan bantuan kepada orang yang memerlukan.

“Setelah dimarahi, rupanya dia cakap dia ikut mama dia. Dia selalu tengok saya bagi duit dekat orang ketika berada di luar. Bila saya bagi duit, mereka gembira. Jadi, dia nak jadi macam saya,” katanya.

Walaupun tindakan itu murni, namun wanita itu tetap memarahi tindakan anak perempuannya itu kerana disifatkan sebagai ‘mencuri’. Si ibu juga memberi nasihat agar tidak melakukan perkara sedemikian di masa akan datang.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Hati-hati ye ibu ayah bila simpan duit. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Bukan mudah nak kumpul duit, kan? Anak pula baik hati nak bagi duit banyak-banyak pada orang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang