Buat baik tak puji, bila salah terus marah! Mak ayah elak buat begini pada anak-anak
MELENTUR buluh biarlah dari rebungnya. Jika ibu bapa di luar sana mahu anak-anak membesar menjadi seorang yang rajin dan bertanggungjawab, perkara utama yang boleh dilakukan adalah mendedahkan mereka dengan kerja rumah sejak dari kecil.
Tidaklah sampai menguruskan satu rumah, cukup sekadar kemaskan katil sendiri selepas bangun tidur, letakkan baju kotor di bakul selepas guna dan basuh pinggan sendiri selepas makan.
Namun, dalam proses mereka menguasai kemahiran ini, pasti akan ada cacat celanya. Bila terjadinya situasi ini, mula la mak-mak mula nak 'naik hantu' bila tengok pekerjaan yang dilakukan oleh anaknya itu tidak sesempurna yang diharapkan.
Itulah yang dirasai oleh Puan Wawa Syauqi ketika melihat terdapat sisa-sisa nasi di sinki selepas anaknya membasuh pinggan. Namun, kemarahannya itu kembali reda setelah si suami menyedarkan anak mereka masih dalam proses pembelajaran dan khuatir akan memusnahkan semangat mereka untuk terus berbuat baik.
Saya ke sinki nak basuh tangan.
Saya jadi geram bila tengok di tepi sinki, ada sisa nasi yang berterabur.
“Haih tengok la si Ammar basuh pinggan. Bersepah!”
Kata saya pada suami.
Suami saya balas,
“Tak apa. Sekarang ni kita hargai je usaha dia. Kita bina rutin je dulu. Bila dah jadi rutin, baru kita tegur mana yang tak perfect. Takut tegur awal-awal, dia jadi malas buat next time sebab rasa susah.”
Tambahnya, beri peluang kepada anak-anak untuk berbuat silap, bila ada masa sesuai cuba menegur mereka untuk lakukan dengan lebih baik pada masa akan datang. Bukan terus menegur salah mereka dengan sewenangnya. Dalam pada itu, cubalah beri pujian kepada anak sebagai tanda menghargai usaha mereka kerana membantu meringankan beban kita di rumah.
Kata-kata suami saya tu buat saya terfikir. Betul juga, kadang-kadang kita ni terlalu cepat nak betulkan apa yang tak kena.
Sebenarnya, bila anak-anak cuba buat sesuatu, USAHA mereka tu yang paling penting.
Kalau kita tegur awal sangat, kita mungkin buat anak jadi kecewa dan tak cukup bagus. Anak akan fikir 'Lebih baik tak payah buat', sebab rasa macam tak cukup bagus.
Lagi-lagi anak type rigid dan logik macam Ammar ni.
Sebagai mak ayah, kita kena belajar raikan ketidaksempurnaan. Anak-anak tengah belajar, dan mereka perlukan ruang untuk buat silap supaya mereka boleh belajar jadi lebih baik.
Macam Ammar, walaupun nasi bersepah, saya patut fokus pada usaha dia untuk tolong basuh pinggan.
Lama-kelamaan, bila dia dah biasa dan yakin, dia akan belajar cara yang betul untuk buat dengan lebih kemas. Kami pun boleh guide dia untuk buat dengan lebih baik.
Yang penting, kita kena sabar dan hargai usaha anak-anak. Biar mereka bina rutin dan rasa tanggungjawab dulu. Kesempurnaan tu akan datang kemudian .
Bila kita tunjukkan yang kita hargai usaha mereka, mereka akan lebih bersemangat untuk mencuba lagi dan belajar lebih banyak perkara baru.
Jadi ibu di luar sana jangan cepat melatah ye. Jangan pula perli anak-anak, cukup sekadar beri teguran yang baik supaya mereka boleh terima dengan mudah dan tidak mengulanginya kemudian hari.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang