Cantiknya, trend pondok warga emas moden stail English Countryside. Boleh belajar mengaji, berkebun dengan tenang
NAMPAKNYA idea retirement village yang diperkenalkan sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend dalam kalangan komuniti setempat.
Bukan apa, konsep pondok warga emas yang memfokuskan kepada pembelajaran agama dengan bimbingan tenaga pengajar berjaya menarik minat mereka yang mahu menghabiskan masa dengan beribadah.
Perkongsian Siti Norlaila dalam akaun Facebook cukup menarik kerana Madrasah Ibnu Mas'ud Nilai itu merupakan perkampungan moden yang banyak memberikan manfaat kepada penghuninya.
Konsep pondokcation di madrasah tersebut menyimpan memori cukup indah buat wanita itu apabila dapat berkenalan dengan warga emas berusia 78 tahun yang hidupnya menghafal ayat suci al-Quran.
Apa yang membuatkan ramai tertarik, kadar sewa untuk pondokcation boleh dikatakan murah kerana hanya RM100 jer untuk satu rumah yang boleh memuatkan dua atau tiga orang.
“Murah, kan? RM100 bahagi tiga. Aircond ada, kipas pun ada. Kelengkapan untuk masak semua ada. Ilmu dan layanan yang dapat di sini cukup mahal.
“Pemilik madrasah melayan kami yang tua ini macam ibu sendiri. Jom pondokcation di sini,” sarannya kepada semua.
Sebenarnya, selain Madrasah Ibnu Mas'ud yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan itu, terdapat dua lagi di Rembau (masih dalam perancangan) dan Segamat, Johor.
Merujuk info yang dikongsikan laman web rasmi madrasah berkenaan, retirement village tersebut membolehkan warga emas berkongsi pengalaman hidup bersama.
Rangkaian Madrasah Ibnu Mas'ud diasaskan dengan harapan untuk memberikan servis pendidikan yang terbaik kepada ibu ayah.
Mereka boleh menjalani rutin harian seperti solat berjemaah, kuliah agama, pembelajaran al-Quran dan pelbagai lagi aktiviti ibadah dengan bimbingan.
Boleh dikatakan, konsep pondok ngaji untuk warga emas sudah popular di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.
Cuma yang menariknya, konsep perkampungan moden yang cukup bersih, dengan landskap yang cantik bukan saja buat hati tenang tapi kita boleh isi masa dengan aktiviti kerohanian.
Apapun, ramai yang setuju konsep pondokcation untuk para ibu ayah yang nak habiskan masa cuti hujung minggu atau waktu tertentu mengikuti pengajian agama di sana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang