Cermin pecah, siling retak! Latihan pesawat LIMA’25 undang aduan penduduk

No Image Caption
A
A
A

TULAR di media sosial beberapa video menunjukkan penduduk kampung di sekitar kawasan latihan pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) mendakwa rumah mereka mengalami kerosakan.

Antara yang dikongsi termasuk cermin tingkap yang pecah, siling rumah berlubang dan retak, dipercayai berpunca daripada gegaran kuat semasa latihan pesawat berlangsung.

Susulan itu, beberapa pegawai dilaporkan turun padang ke rumah penduduk terjejas untuk meninjau kerosakan yang berlaku. Mereka turut menyarankan agar penduduk membuka tingkap rumah dan kereta semasa pertunjukan berlangsung bagi mengurangkan risiko kerosakan berulang.

No Image Caption



Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan akan menyiasat dakwaan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya tidak akan mengambil ringan isu ini.

“Kita akan tengok dan tidak akan abaikan soal itu. Kita akan kaji perkara tersebut. Ada masanya memang akan ada pertunjukan dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kesan sedikit,” katanya ringkas ketika sidang media selepas meninjau persiapan akhir LIMA’25 di Langkawi, Isnin lalu.

No Image Caption



Untuk makluman, LIMA’25 dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini, menghimpunkan teknologi dan aset pertahanan dari serata dunia. Antara tarikan utama ialah pertunjukan udara oleh pesawat ketenteraan dan komersial.

Acara mega ini dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa ke pulau lagenda itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang