'Cinta hati terbaharu kami, Aurora.' Dr Amalina selamat bersalin anak kedua
PAKAR bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri selamat menimang cahaya mata keduanya baru-baru ini.
Bersalin di sebuah hospital di United Kingdom (UK), Dr Amalina berkongsi berita gembira itu berserta empat foto beliau bersama puterinya yang dinamakan Aurora.
Tidak hanya beliau dan suami, khabarnya, anak sulung Dr Amalina, Arabella Mia, 3, teruja memiliki adik.
"Dulu bertiga, sekarang berempat. Kenalkan cinta hati terbaru kami, Aurora.
"Arabella pun seronok sangat jadi kakak! Alhamdulillah," titipnya yang turut memuat naik foto Arabella bersama Aurora.

Warga maya rata-rata gembira dengan perkembangan terbaru Dr Amalina dan menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahaya mata keduanya. Ujar mereka;
"Tahniah sekali lagi! Comelnya mereka. Mesti jadi kawan baik nanti."
"Alhamdulillah, tabarakallah. Selamat datang ke dunia, Aurora!! Tahniah Dr."
"Tahniah dan gembiranya melihat keluarga Dr."

Sekadar info, Dr Amalina, 37, yang merupakan Pakar Perubatan Pelatih Kanan di National Health Service (NHS) dan Felo Penyelidik PhD di Imperial College, UK terdahulu mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.
Namanya mula menjadi bualan dan inspirasi ramai selepas mencatat sejarah dengan kejayaan cemerlang 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004.
Dr Amalina memegang ijazah sarjana muda perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi dari University of Edinburgh, Scotland, Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di Universiti Cambridge dan Darzi Academic Clinical Research Fellowship dari Imperial College London.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang perubatan di Imperial College London.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
