‘Hadiah hari lahir mak akhirnya siap..,’Usahawan berhabis RM80k, bina lif dalam rumah tiga tingkat untuk kemudahan ibu
SETIAP anak pasti menyimpan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka, sebagai balasan atas kasih sayang dan pengorbanan yang tak ternilai.
Kisah menyentuh hati seorang usahawan yang tular baru-baru ini menjadi bukti bahawa kasih sayang terhadap ibu boleh diluahkan melalui cara yang luar biasa.
Norazlin Nordin telah mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah lif di kediaman tiga tingkat mereka sempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta yang ke-82 baru-baru ini.
Video yang dikongsi di TikTok telah mendapat lebih 740 ribu tontonan, menjadikan kisah ini inspirasi bagi anak-anak di luar sana untuk lebih menghargai dan membahagiakan orang tua mereka.
Menurut Norazlin, pemasangan lif tersebut bertujuan untuk memudahkan pergerakan ibunya, Mak Sipah, yang kini sudah lanjut usia.
“Lepas ini dah senang terima tetamu ziarah, dah boleh makan kat bawah dan tengok bibik buat kerja.
“Sebenarnya rindu masakan asam pedas Melaka mak,”tambahnya.
Norazlin, atau lebih mesra dikenali sebagai Kak NN, meluahkan rasa syukur apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah ibunya menerima hadiah istimewa itu.
“Hadiah hari lahir Mak Sipah ke-82 akhirnya siap.Alhamudullillah, mak gembira sangat,”ujarnya.
Bagi Norazlin, kos pemasangan lif yang melebihi RM80,000 adalah satu pelaburan kecil berbanding kebahagiaan dan kemudahan yang kini dinikmati ibunya.
Wanita itu turut menjelaskan bahawa, kos tersebut hanya untuk jenis dan saiz lif yang dipilih, manakala harga boleh meningkat untuk rumah yang lebih besar.
“Sebut harga awal 2024 sekitar harga lebih RM80k tak termasuk kos-kos yang lain. Sediakan dalam RM85k, untuk tiga tingkat atau yang lebih besar harganya akan naik lagi.
Menjengah ke ruangan komen video, rata-rata warganet kagum dengan keunikan pemberian Norazlin kepada ibunya.
“Alhamdulillah, dapat sediakan keperluan ibu tersayang. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT.
“Hari ini buat lif untuk mak dekat dunia, nanti mak buat lif untuk ke syurga,”komen warganet.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang