Hajat mangsa letupan Putra height tunai umrah minggu ini tidak kesampaian. 'Wang mak simpan hangus dijilat api'

No Image Caption
A
A
A

KITA hanya mampu merancang, tetapi DIA Yang Maha Mengetahui.

Kata-kata inilah yang sesuai bagi merelakan sesuatu dan lapangkan dada dengan segala ketentuan-NYA.

Sudahlah terlibat dalam letupan di Putra Height baru-baru ini sehingga mengakibatkan rumah keluarganya musnah sepenuhnya, Nur Izzati Alia Zainudin semalam memaklumkan bahawa ibu bapa yang sudah merancang untuk mengerjakan umrah pada minggu ini terpaksa dibatalkan disebabkan oleh ujian yang melanda mereka pada hari raya kedua itu.

"Ikutkan minggu ini mak dan ayah saya akan mengerjakan umrah. Mak sudah membuat persiapan dengan menyediakan wang tunai untuk ke sana.

"Namun disebabkan kejadian tersebut, semua wang mak simpan hangus dijilat api. Bertambah pula keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan disebabkan oleh kejadian yang berlaku," kata Izzati kepada SinarPlus.

No Image Caption



Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan mereka sudah menghubungi pihak agensi pengurusan umrah yang terlibat memohon tarikh lain menunaikan umrah untuk mak dan ayah tapi masih belum mendapat maklum balas.

Terdahulu, SinarPlus melaporkan seramai sembilan ahli keluarga Izzati termasuk suaminya turut mengalami kecederaan melecur pada anggota badan dan menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

No Image Caption



Dalam kejadian pada 1 April lalu, rumah ibu bapanya yang didiami oleh mereka terletak hanya 50 meter dari lokasi letupan musnah. Letupan pada 2 Syawal itu mengakibatkan sembilan sekeluarga berusia 85 hingga empat tahun cedera melecur.

Difahamkan, sebanyak 39 buah rumah di Kampung Kuala Sungai Baru, Puchong musnah sepenuhnya.

Selain Kampung Kuala Sungai Baru, kebakaran mengerikan yang mengambil masa selama lapan jam untuk dipadamkan itu turut menjejaskan penduduk Kampung Sungai Baru dan Kampung Tengah, Puchong.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang