Hobi menangkap ikan laga bertukar tragedi, abang lemas cuba selamatkan adik – 'Dia mahu pakai kasut hitam baharu, tapi…'

No Image Caption
A
A
A

CUTI sekolah biasanya penuh dengan gelak tawa, permainan, dan aktiviti santai bersama rakan-rakan. 

Namun bagi keluarga Abdullah, cuti kali ini berubah menjadi detik yang tidak akan dilupakan apabila keberanian seorang abang mengubah segalanya apabila sanggup mempertaruhkan nyawanya demi adiknya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang di Kampung Permatang Tepung apabila Muhammad Alif Fahmi, 12, terjatuh ke dalam parit besar ketika cuba menyelamatkan adiknya, Muhammad Rayan Firrdaus, 9. 

Malangnya, arwah disahkan meninggal dunia selepas dihanyutkan arus deras.

Memetik Harian Metro, Abd Rahim Saidin, 40, ayah kepada arwah berkata, anak sulungnya yang mesra disapa Abang itu gemar menghabiskan masa bersama rakan sekampung untuk menangkap ikan laga di parit berkenaan.

“Arwah dan rakan-rakan biasa menangkap ikan laga di kawasan itu dan tidak pernah berlaku kejadian buruk sebelum ini. 

"Malam kelmarin, dia makan dengan selera yang luar biasa, empat kali tambah nasi dengan sambal telur, padahal biasanya dia tidak kuat makan,” kata Abd Rahim lagi.

Dia turut menceritakan memori manis terakhir bersama arwah apabila mengenangkan permintaan anaknya untuk memakai kasut sekolah baharu ketika majlis graduasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merchong Jaya.

No Image Caption

“Beberapa kali dia merayu mahu memakai kasut baharu berwarna hitam yang dibeli oleh ibunya. 

"Namun akhirnya akur dengan larangan kami. Kasut itu sepatutnya dipakai ketika buka sekolah nanti,” katanya.

Parit besar yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka menjadi saksi keberanian arwah. 

Terjatuh dalam parit

Penduduk kampung segera bergegas membantu mencari mangsa. Mayat Alif Fahmi ditemui kira-kira jam 7.15 malam selepas usaha pencarian dan azan dilaungkan oleh komuniti setempat.

Rakan arwah, Amirul Hakimi Mahyuddin, 12, berkata dia sempat menarik tangan adik mangsa selepas kanak-kanak itu terjatuh ke dalam parit.

“Arwah terus terjun ke dalam parit semata-mata mahu menyelamatkan adiknya, namun dia gagal kerana dibawa arus deras ke bawah pembentong. 

"Saya sempat melihat tangan mangsa sebelum dia tenggelam. Arwah seorang yang baik dan mudah berkawan,” ujarnya.

No Image Caption

Sebelum tragedi itu, kedua-dua beradik berjaya menangkap kira-kira 30 ekor ikan laga yang cantik. Siapa sangka, peristiwa ini meninggalkan kesan mendalam buat Amirul, yang kini bertekad untuk tidak lagi meneruskan hobi menangkap ikan laga demi keselamatan diri.

Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga mengingatkan kita tentang keberanian, pengorbanan, dan kasih sayang adik-beradik. 

Kadang-kadang, momen cuti yang sederhana boleh menjadi detik yang mengajar kita erti sebenar keberanian dan kasih sayang tanpa syarat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang