Ibu risau susu badan berkurang ketika puasa? Kaunselor laktasi kongsi caranya! Paling penting badan kekal cergas sepanjang hari
PEJAM celik, lebih kurang sebulan setengah sahaja lagi untuk umat Islam memasuki bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ketika ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengganti puasa tahun lalu yang pernah mereka tinggalkan atas sebab-sebab tertentu.
Dalam pada itu, bagi ibu-ibu menyusu, pasti ada yang sudah mula memikirkan cabaran untuk menunaikan ibadah puasa sambil memastikan keperluan bayi tetap terjaga.
Berpuasa sambil menyusukan anak memerlukan strategi dan persediaan yang rapi, terutamanya dari segi pemakanan dan pengurusan tenaga.
Oleh itu, kaunselor laktasi, Nad Masrom ada berkongsi kaedah supaya anda memahami cara menjaga tubuh supaya kekal cergas dan memastikan pengeluaran susu ibu tidak terjejas.
Antara tip ganti puasa ibu menyusu atau
persediaan untuk Ramadan seperti:-
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
3. Ambil jumlah protein secukupnya
Ibu menyusu yang berpuasa selalunya kurang ambil protein waktu sahur, jadi pastikan ibu ambil protein secukupnya.
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8 hingga 10 gelas air sepanjang malam.
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ambil kurma sewaktu berbuka
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga dengan lebih cepat kepada ibu menyusu.
Disarankan ambil dalam jumlah segenggam kurma (ikut saiz tangan sendiri) dan minum air kemudian solat dahulu supaya ibu tidak tergopoh makan sekaligus banyak.
7. Breast compression
Bila pam rasa susu tu macam tak nak keluar atau bayi macam meragam waktu menyusu, ibu boleh buat breast compression. Breast compression membantu susu keluar dengan lebih baik.
Semoga beri manfaat kepada ibu-ibu di luar sana dan ibadah puasa boleh dilakukan dengan sempurna, insyaALLAH.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang