Ibu terkejut bunyi letupan, dua beradik jadi mangsa mercun bola!

No Image Caption
A
A
A

Menjelang Hari Raya yang bakal tiba kurang daripada dua minggu lagi, sudah kedengaran keriangan kanak-kanak bermain bunga api dan mercun.

Namun, dalam keseronokan itu, jangan sampai lalai dengan keselamatan diri. Salah langkah, buruk padahnya.

Memetik laporan Sinar Harian, dua kanak-kanak cedera akibat mercun bola meletup di Kampung Baru, Kuala Nerang, Kedah.

Difahamkan, salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah akibat insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Abd Razak Osman berkata, kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun itu sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam, dan pihak polis menerima laporan berkenaan pada awal pagi semalam (Rabu) selepas dimaklumkan oleh pihak hospital.

Semasa kejadian, kedua-dua ibu bapa mangsa tidak menyedari anak mereka bermain mercun di luar rumah. Mercun bola itu dipercayai diperoleh daripada rakan sekampung.

No Image Caption



“Ibu mereka hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah, sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.

“Sementara itu, ayah mereka tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan, dan salah seorang daripadanya yang berusia tujuh tahun dilaporkan parah,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 10 tahun bagi kesalahan memiliki bahan letupan.

Manakala bagi kesalahan menyebabkan atau membiarkan kanak-kanak berada dalam situasi berbahaya sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau bahaya fizikal, denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang