Imbas QR kod tapi tak bayar! Wanita kongsi luahan pakcik teksi. 'Jujur je cakap tak ada duit nak bayar tambang'

No Image Caption
A
A
A

ZAMAN moden masa kini tidak memerlukan orang ramai untuk sentiasa ada wang tunai dalam dompet.

Cukup sekadar ada internet bagi memudahkan urusan pembayaran atas talian menggunakan perbankan dalam talian atau kod QR.

Namun, dalam kesenangan kemajuan teknologi yang canggih ini, masih ada yang mengambil kesempatan untuk menipu berhubung pembayaran terhadap perkhidmatan yang diterima.

Misalnya seperti perkongsian seorang wanita di TikTok yang mendengar luahan seorang pemandu teksi yang kecewa kerana sering ditipu oleh pelajar universiti yang tidak membayar tambang teksi yang dinaiki.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Dila, mereka menipu dengan cara berpura-pura mengimbas kod QR tetapi langsung tidak membuat sebarang pembayaran.

"Saya malas sangat nak tempah dan tunggu Grab, jadi saya naik teksi dari stesen LRT ke rumah. Kesian kat Uncle teksi tu, dia bercerita pasal selalu kena tipu dengan pelajar universiti, buat-buat imbas kod QR tapi sebenarnya tak bayar pun.

"Uncle cakap dia tak kisah pun kalau orang tu jujur je cakap tak ada duit nak bayar tambang. Bukan banyak pun Uncle boleh dapat, dengan adanya macam-macam perkhidmatan lain sekarang ni.

"Uncle nampak kecewa sangat, sebab dia pelik macam mana orang yang belajar tinggi-tinggi boleh tergamak nak tipu orang. Sedih betul, sebab kita tahu orang tua cari rezeki pun cukup-cukup makan je, kau boleh pula tipu dia. Kakak pang, kang!" tulis wanita berkenaan di perkongsiannya.

No Image Caption



Wanita itu turut berpesan supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan tidak menipu mereka yang sedang mencari rezeki halal.

@dila_dilala

Jadilah orang yang bertanggungjawab, tolonglah jangan menipu orang yang tengah mencari rezeki. Kesian, aku dengar pun 痛心!Lagikan uncle ni yang merasa

MANGU Fourtwenty - Alottu



Meninjau ruangan komen video tersebut, orang ramai turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pelajar universiti yang tidak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dan ahli keluarga yang pernah berhadapan dengan penipuan serupa.

"Betul tu. Ayah saya pun pemandu teksi dan dia pernah cakap ada pelajar pura-pura suruh dia tunggu, kononnya nak beli air di kedai mamak. Siap tanya lagi, 'Pakcik nak air apa?' Tapi lepas tu, ayah saya tunggu hampir 30 minit, langsung tak muncul-muncul.

"Jangan cakap acik teksi. Mak cik kafe universiti menangis depan kami sebab ramai pelajar tipu beli makanan. RM600 rugi sehari.

"Ya, mak saudara saya ada kedai runcit. Saya minta dia buat kod QR sebab senang nak bayar, dia pun buatlah. Tapi dia hentikan sebab dah kena tipu, pura-pura imbas QR tapi tak bayar pun.

"Saya ada kawan macam ni... tak bayar. Masa tu dia cakap dia dah bayar Grab kami. Lepas keluar dari kereta, sejam kemudian baru dia mengaku dia tipu. Saya marah betul, terus maki dia. Saya minta balik sejarah Grab yang ditempah.

"Nasib dapat jumpa semula selepas buat panggilan. Saya bayar berganda dengan Grab tu. Kepada kawan saya tu... buatlah masa kau sorang, jangan libatkan orang lain. Saya dah tak rapat dengan orang macam tu lagi," kongsinya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang