Insiden wanita dihempap kayu balak didakwa sarat mengandung, tunang tampil beri penjelasan

No Image Caption
A
A
A

SEORANG wanita nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap beberapa kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat.

Kejadian yang berlaku di Persimpangan Bendara Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu mendapat perhatian hangat susulan mangsa dipercayai sedang sarat mengandung.

No Image Caption

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Norelyana Kamaruzan,21, dirakam kamera papan pemuka kenderaan terperosok di bawah kenderaan trak pikap tanpa sempat mengelak.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah tunang kepada Siti tampil memberi penjelasan lanjut mengenai status kehamilan tunangnya.

Lelaki yang dikenali sebagi Nik Amnan Arif Nik Anuwar,22 menafikan dakwaan tunangnya berbadan dua ketika kejadian dan meminta jasa baik orang ramai agar tidak membuat dakwaan melulu.

Luah Nik Amnan, dirinya tidak dapat menahan rasa kecewa apabila segelintir pihak menyebarkan maklumat mengatakan tunangnya yang kini dirawat di hospital sedang mengandung.

"Saya tunang dia minta tolong sangat, jangan sebar maklumat tidak tepat. Mangsa tidak mengandung sama sekali, saya tunang dia, saya tahu.

"Mana saya nak letak air muka kalau semua cakap dia mengandung,"katanya.

Nik Amnan menyifatkan pendedahan yang dikongsikan di TikTok miliknya adalah benar belaka

"Saya buat video ni kerana tahu saya benar dan tunang saya tidak mengandung," tambahnya.

Kesan daripada rempuhan berkenaan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) dalam pemantauan rapi.

Malah, mangsa kini ditidurkan sebelum menjalani pembedahan susulan patah bahagian tulang punggung dan tulang rusuk.

Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan teruk di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.

No Image Caption

Menurut Nik Amnan, ketika kejadian, tunangnya itu sedang dalam perjalanan masuk bekerja ke sebuah pasar raya di Bandar Utama.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada turn-table lori balak tersebut yang patah ketika mahu mengambil selekoh di laluan bertentangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang