Johan Ghazali kecam isu influencer acah fighter Muay Thai, jaga etika dan adab
JOHAN Ghazali, anak Malaysia membawa nama tanah air ke persada antarabangsa dalam sukan Muay Thai.
Dalam perkembangan terbaru, petinju kelahiran terkenal itu meluahkan rasa kecewa terhadap fenomena influencer dan selebriti yang masuk ke arena Muay Thai tetapi tidak menjaga adab.
Menerusi hantaran di TikTok, atlet berusia 19 tahun tersebut menzahirkan rasa tidak puas hati dan meluahkan teguran keras kepada penganjur dan individu terlibat yang dilihat mencemarkan imej sukan berkenaan.
"Begitu memalukanlah sekarang ini. Zaman bermacam influencer, selebriti dan orang yang acah-acah jadi fighter.
"Training dua, tiga minggu selepas itu naik ring (berlawan). Kalian hendak bergaduh, hendak acah jadi fighter suka hatilah.

"Tetapi apabila kalian masuk dalam sukan Muay Thai tolong jaga etika dan adab," kongsinya.
Johan turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada segelintir penganjur yang mengambil kesempatan menjadikan Muay Thai sebagai bahan marketing murahan tanpa memikirkan kesan buruk kepada masa depan sukan itu.
"Jangan bawa perangai, terutama kebanyakan penganjur acara yang tidak beretika.
"Sebelum buat marketing, pastikan ada hitam putih. Jangan sesuka hati letak muka orang pada poster sini dan sana untuk pemasaran murah," tuturnya.
"Kepada fighter juga, event begini mungkin (mendatangkan) banyak duit tetapi bagaimana atlet-atlet Muay Thai hendak maju di Malaysia kalau hanya masuk perlawanan-perlawanan 'bodoh' dan marketing murahan.
"Fight dengan selebriti dan influencer, sekali dua okaylah tetapi kalau sudah melampau membawa perangai tidak elok kepada sukan ini, ia akan merosakkan," katanya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Johan menegaskan beliau telah berusaha keras menaikkan sukan ini agar dihormati dan berharap pihak terlibat lebih menjaga adab dan etika sewajarnya.
"So tolong jaga etika, jaga adab.
"Aku berusaha banyak untuk naikkan sukan Muay Thai. Aku faham influencer dan selebriti boleh bantu dari segi marketing tetapi dalam masa yang sama jangan melampau," titipnya.
Luahan Johan itu disokong warganet yang rata-rata mengakui jika Muay Thai terus dijadikan kandungan dan marketing murahan, lama-kelamaan ia dilihat bukan lagi sebagai sukan profesional.
Moga penganjur, pempengaruh dan selebriti yang terlibat lebih menghormati cabang sukan itu dan tidak rosakkan perjuangan atlet sebenar memartabatkan sukan Muay Thai.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
