Kak Cik Yah kongsi raya penuh makna, anak pilih beraya di rumah kecilnya. 'Seronok sangat, rumah meriah dengan cucu-cucu...'

No Image Caption
A
A
A

RIANG, meriah dan penuh syukur.

Begitulah gambaran sambutan Syawal kali ini buat pencipta kandungan masakan, Kak Cik Yah, yang semakin dikenali di TikTok.

Pada usia 75 tahun, wanita cekal ini masih ligat berkongsi video masakan dan reviu makanan dan berjaya menambat hati lebih 400,000 pengikut setia.

Tahun ini, suasana di rumah kecilnya di Kampung Melayu, Pulau Pinang, bertambah ceria apabila anak-anak dan tujuh cucu kesayangan pulang berkumpul.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini mereka memilih untuk beraya di rumahnya berbanding pulang ke kampung halaman di Kedah.

"Tahun ni tak balik kampung sebab anak-anak semua nak berkumpul di rumah saya. Seronok sangat, rumah jadi meriah dengan cucu-cucu," katanya.

Lebih bermakna, Kak Cik Yah turut menerima tajaan istimewa daripada jenama makanan sejuk beku hadiah berupa sepasang baju raya ungu muda bernilai RM500 dan beg galas berjenama menjadi kejutan manis buatnya tahun ini.

Pendapatan hasil reviu serta sokongan peminat juga membolehkannya membuat persiapan raya dengan lebih sempurna.

Antara hidangan istimewa yang dihidangkan dan menjadi kegemaran keluarga dan tetamu adalah nasi tomato, ayam masak merah, rendang, serta ketupat.

Meskipun kesibukan membuat menghasilkan video masakan, beliau tetap meluangkan masa menyediakan dua jenis kuih raya hasil air tangan sendiri.

"Setiap tahun saya buat sendiri kuih raya, tapi kali ni sibuk sangat. Jadi saya beli saja kebanyakan kuih, tapi tetap sempat buat kuih mazola dan makmur," ujarnya.

Sebagai tanda kesyukuran menyambut Syawal, Kak Cik Yah turut menukar langsir baharu dan bekas kuih raya, bahkan rumahnya juga terbuka buat peminat yang ingin datang beraya.

"Ada yang mesej tanya boleh tak nak datang beraya. Saya okey saja, saya alu-alukan," katanya mesra.

Meskipun rumahnya kecil, semangatnya besar apabila Kak Cik Yah tetap berhasrat meneruskan perkongsian resipi dan menerima undangan reviu seperti biasa.

"Sejak muda saya memang suka berkawan. Sekarang makin seronok sebab ramai kenal. Saya akan terus buat konten memasak sebab peminat pun suka," ujarnya bersemangat.

Bagi Kakcik Yah, dunia digital bukan sekadar hobi, tetapi pintu rezeki dan inspirasi. Bukti bahawa usia bukan penghalang untuk terus berkongsi kebaikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang