'Kalau ada ibu mesti best, kan?' Pernah bercerai, Hattan pilih perbaiki diri, bersatu semula dengan isteri demi anak

No Image Caption
A
A
A

PERPISAHAN adalah jalan terakhir bagi hubungan suami isteri yang tidak boleh diperbaiki. Walaupun masing-masing berlapang dada dengan takdir sebegitu, namun tidak bagi anak-anak.

Manakan tidak, keluarga yang sebelum ini lengkap ada mak dan ayah tetapi berubah hanya yang ada salah seorang sahaja.

Itulah yang dirasai oleh anak Penyanyi Datuk Hattan, Adam Eiman yang berdepan dengan fasa sukar ketika beliau dan isteri bercerai dahulu.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin baru-baru ini dalam sebuah program podcast syok.bm mendedahkan, anak lelakinya itu terkesan dengan perceraiannya dan isteri.

"Kita harus menerima hakikat, apabila kita berpisah jangan cakap yang anak kita akan faham. Sebenarnya dia tidak okay.

"Macsm ada satu kali tu bulan puasa, kami ke KLCC untuk membeli belah. Kemudian dia nampak ada seorang anak yang seusia dengannya sedang pegang tangan ibunya.

"Dia kata pada saya, ‘ayah, kalau ada ibu macam tu mesti best, kan?’ Saya terduduk..sedih sebab saya tahu apa yang dia nak," katanya.

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa perpisahan yang berlaku itu menyebabkan Adam mengalami perubahan emosi ketika di bangku sekolah.

"Dia tunjukkan sikap memberontak dia di asrama. Setiap kali nak balik ke asrama dia akan kata, ‘kenapa nak kena balik ke sekolah neraka ini? Orang lain semua mak ayah dia datang.’

"Walaupun ibu dia ada pergi melawat sekali sekala tetapi dia nak kami datang berdua," tambah penyanyi berusia 58 tahun itu.

Mendengar luahan hati anak tercinta, akhirnya pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu kemudiannya mengambil keputusan untuk memperbaiki kekhilafan dengan memilih untuk bersatu kembali dengan isterinya.

"Itu yang membuatkan saya rasa, Adam, apa kesalahan ayah yang membuatkan Adam rasa kehilangan, ayah akan beri balik semula kepada kamu," jelasnya.

Terdahulu, Hattan mendirikan rumah tangga bersama Arianie Abidin pada tahun 1996 namun bercerai talak satu pada 2005. Selepas sembilan tahun iaitu pada 25 Julai 2013, pasangan ini kembali bergelar suami isteri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang