Karnival untuk semua:  Aktiviti santai dan menyeronokkan seisi keluarga!

No Image Caption
A
A
A

BAYANGKAN satu tempat yang meriah dengan gelak tawa, bau sate yang membangkitkan selera dan anak-anak berlari ke sana sini sambil mata mereka bersinar teruja. 

Itulah suasana yang dijanjikan di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, yang bakal berlangsung dari 25 hingga 27 Julai di Seksyen 15, Shah Alam. 

Tiga hari penuh warna ini bukan sekadar pesta hiburan, tetapi satu sambutan komuniti yang mengangkat semangat perpaduan dan kepelbagaian rakyat Malaysia. 

Dengan lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir, karnival ini menggabungkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. 

No Image Caption


Daripada rumah hantu, go-kart, hingga ke pasar Saloma yang mengetengahkan makanan dan kraf tempatan, setiap sudut menjanjikan pengalaman unik. 

Untuk si kecil, ada zon haiwan jinak dan pertandingan mewarna. Para remaja pula boleh beraksi dalam street soccer 3v3 atau menyertai busking jiwa muda. 

Ibu bapa? Mungkin akan tertarik dengan sesi Jom Lepak Sate! atau Rewang. Sambil itu, boleh juga menikmati persembahan santai, mencuba kopi tempatan atau berjalan-jalan cari buku di sudut Buku dan Kopi. 

No Image Caption


Lebih menarik, karnival itu turut menjadi pentas bagi para pelajar menyerlahkan bakat melalui pertandingan seperti Smartlympic, bicara berirama dan recycle fashion show. 

Dalam masa yang sama, ia membuka peluang kepada usahawan dan koperasi sekolah mempromosikan produk mereka. 

No Image Caption


Karangkraf turut membuka ruang kepada penaja yang ingin menyumbang kepada inisiatif bermakna ini, dengan pakej penajaan yang disertakan bersama liputan media meluas. 

Karnival tersebut bukan hanya acara, sebaliknya satu gerakan yang bertujuan menyatukan komuniti, menyemai nilai budaya dan mencipta kenangan bersama. 

Jadi, jangan lepaskan peluang. Ayuh, kita cipta kegembiraan bersama di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025!

No Image Caption


Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang