Kata-kata itu doa! Jangan biasa sebut tiada rezeki, Tok Abah Fadzilah Kamsah ajar cara yang betul

No Image Caption
A
A
A

“ALA! Takda rezeki.”

Ringkas dan padat jawapan itu untuk menggambarkan sesuatu yang belum berjaya dimiliki oleh seseorang. Itu antara ayat keramat yang sering digunakan lebih-lebih lagi ketika diajukan soalan oleh orang lain tentang jodoh, pekerjaan, anak atau sebagainya.

Namun, sedar atau tidak sebenarnya jawapan sebegitu tidak elok untuk digunakan. Demikian dikongsikan oleh pakar motivasi, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang mana beliau menegur supaya jangan biasakan menyebut ayat itu sekiranya masih belum dapat apa-apa dalam hidup.

"Sebaiknya, biasakan menyebut, 'Insya-ALLAH pasti ada rezeki ni nanti.'

"Kata-kata kita adalah sebuah doa. Dan dari doa itulah terbitnya usaha dan pengharapan bahawa segala yang baik itu datang dari Yang Maha Memberi rezeki," tegur beliau.

No Image Caption

Dalam pada itu, Datuk Dr Fadzilah yang mesra dipanggil Tok Abah mengingatkan orang ramai bahawa rezeki itu luas, yang penting harus usaha dan mencari.

"Setiap kali memulakan hari, kita kena ingat bahawa rezeki ALLAH itu Maha Luas, jadi mana mungkin tiada rezeki'.

"Hakikatnya rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Sedang kita perlu berusaha meneroka, mencari dan terus mencari.

No Image Caption

"Pasti ada harapan pada yang berusaha. Pasti ada kejayaan yang telah tersusun buat kita.

"Rezeki Allah Maha Luas. Yakini itu,' tambah beliau.

Jadi selepas ini tukar semula penggunaan kata kita ya supaya tidak makan diri. Kata-kata itu doa, salah cakap buruk padahnya, Kan? Sama-sama kita perbaiki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang