Kejam! Tidak terjangkau dek akal, bayi 3 bulan dir*gol, video dirakam & dijual

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan
A
A
A

BENAR berlaku! Luluh hati penulis membaca insiden kejam ini terjadi di Malaysia. 

Seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa keganasan seksual apabila dia dirogol dan rakaman itu dijual.

Memetik laporan Sinar Harian,  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu membuat pendedahan tersebut.

"Saya diberi taklimat pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya (kes) seriuslah.

“Sekarang ini sudah berlaku suatu keadaan yang teruk, tidak terjangkau dek akal.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

"Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan dijual video itu.

"Itu sudah kira gila... ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya.

Oleh itu, Saifuddin berkata, KDN sedang merancang untuk meningkatkan keupayaan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai kes berkenaan, Saifuddin enggan mengulas lanjut

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang