Kes kematian Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan luah rasa kecewa- 'Pembunuh anak saya masih bebas'

No Image Caption
A
A
A

 

"SAYA kecewa dengan pihak polis!"

Demikian luahan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin,6, iaitu Zaim Ikhwan Zahari ketika ditemui media selepas selesai prosiding sambung bicara bagi pertuduhan pengabaian di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada petang Isnin.

Zaim Ikhwan yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autisme tampil memberi kenyataan itu kepada media selepas mahkamah memerintahkan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, untuk membela diri atas pertuduhan sama.

Menurut Zaim, sejak awal lagi dia telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa dengan harapan agar pembunuh anaknya dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Saya dah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, saya percaya mereka akan tangkap pembunuh anak saya yang masih bebas di luar sana tapi inikah hasilnya?" katanya dengan nada kecewa.

No Image Caption

Apabila ditanya sama ada dia berpuas hati dengan perkembangan kes tersebut, Zaim Ikhwan tidak menyembunyikan perasaannya.

"Saya tak tahu, tapi apa yang boleh cakap, saya kecewa dengan pihak polis. Sepatutnya pertuduhan ini memang tak ada. Ini semua mengarut," ujarnya lagi.

Kes ini masih berjalan, namun yang pasti, keluarga ini masih menanti jawapan dan keadilan sebenar bagi kehilangan yang cukup menyayat hati.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mengarahkan ibu kepada Zayn Rayyan membela diri manakala bapa kanak-kanak itu dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada dua tahun lalu.

No Image Caption

Keputusan itu dibacakan Hakim, Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap Ismanira, selain gagal membuktikan kes pendakwaan terhadap Zaim Ikhwan.

Ibu bapa kanak-kanak autisme terbabit masing-masing berusia 30 tahun diwakili peguam, Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada jam 10 malam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang