Kongsi cita-cita nak jadi ustazah, Siti Aafiyah baru 6 tahun tetapi mampu hafal banyak surah dan hadis
SETIAP orang pasti mempunyai cita-cita yang tersendiri sejak dari kecil. Ini termasuklah anak perempuan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.
Aafiyah berkongsi hal tersebut ketika diajukan soalan oleh Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Menurut Aafiyah, beliau ingin menjadi seorang ustazah apabila dewasa kelak.
Jawapan tersebut mendapat reaksi Norhafizah yang kemudian membalas dengan mendoakan anak sulung itu berjaya menjadi seorang Hafizah suatu hari nanti.
Dalam perkongsian yang sama, ustazah juga memuji Aafiyah meskipun baru berusia 6 tahun, tetapi mampu menghafal beberapa surah dan hadis.
Sebelum itu, kelihatan ustazah dalam sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok itu pada awalnya mendoakan Aafiyah menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.
"Ustazah nak doakan untuk Aafiyah, semoga cemerlang dunia akhirat.
"Ya ALLAH, kurniakanlah kepetahan berkata-kata, akhlak yang cantik dan ingatan yang kuat.
"Semoga juga, Aafiyah menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah. Aamiin," ungkap ustazah lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang