Kronologi suami isteri & 4 anak hilang lepas bermalam rumah adik, kereta ditemui dalam sungai. 'Anak sulung tak ikut, tinggal dengan nenek'

Foto: Orang awam
Foto: Orang awam
A
A
A

 

PILU! Kereta dinaiki enam sekeluarga yang hilang dijumpai dalam Sungai Korok, Jitra, Kedah.

Tidak dapat dipastikan jasad, namun pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendedahkan sedang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra yang menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menjalankan dengan berhati-hati dan setakat ini beberapa mangsa telah berjaya dibawa naik.

No Image Caption

Manakala, menerusi laporan portal berita tempatan, jasad berkenaan mereka terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.

No Image Caption

Terdahulu pada Sabtu, kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, dan empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun terus menjadi tanda tanya.

Berikut kronologi kehilangan yang dikongsikan Sinar Harian dan agensi berita tempatan:

1-Selepas bermalam di rumah adiknya, Nur Adliah Shuhada, 20-an, di Taman Aman di Jitra, Mohd Azim Ezzat dan keluarga disedari tidak pulang ke rumah di Jerlun, Kedah.

2-Menurut adiknya, Nur Adliah, sudah menjadi kebiasaan buat abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya pada Jumaat.

No Image Caption

3-Katanya lagi, Mohd Azim yang bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala kakak ipar pula berniaga dan biasanya mereka akan berangkat pulang pada awal pagi,

4-Namun, apabila ibu mentua Mohd Azim menghubunginya memaklumkan enam beranak itu belum sampai ke rumah, dia mula bimbang lalu cuba menghubungi mereka tapi gagal.

No Image Caption

5-Nur Adliah pada awalnya menafikan Proton Iswara Sedan yang ditemui di Sungai Korok milik Mohd Azim Ezzat dan mendakwa nombor plat tidak sepadan dengan kenderaan milik abangnya.

6-Tambahnya lagi, anak sulung pasangan itu yang berusia 12 tahun tidak ikut serta dan tinggal bersama nenek di Jerlun.

7-Jelasnya, pada malam sebelum kejadian, mereka berbual seperti biasa dan abang serta kakak ipar tidak pernah bercerita mempunyai sebarang masalah.

8-Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jitra dan usaha mencari sedang giat dijalankan termasuk menyemak laluan biasa yang sering digunakan keluarga berkenaan.

No Image Caption

9-Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mayat terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

10-Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kereta terjatuh di dalam sungai terbabit pada jam 8.38 pagi tadi.

No Image Caption

11-Dimaklumkan sebuah kereta berada di dalam sungai dan terdapat enam mangsa, iaitu seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi di dalam kenderaan itu.

12-Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan dan proses pengecaman mangsa dilakukan oleh waris mangsa.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang