Lelaki hilang nyawa gara-gara cas telefon bimbit dalam bas, Prof ini jelas keadaan sebenar! Bagi tip elak kejadian berulang

No Image Caption
A
A
A

BEBERAPA hari sebelum ini, tular seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya di soket sebuah bas ekspres.

Kejadian itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam.

Portal Public Health Malaysia dalam satu hantaran berkongsi pandangan Prof. Dr. Sawal Hamid dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Menurut pakar itu, renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah.

No Image Caption

"Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah.

"Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak," kata beliau.

Oleh itu, sebagai pengguna haruslah teliti dengan beberapa aspek ini bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Antaranya:

• Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.

• Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.

• Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.

No Image Caption

"Mungkin sudah tiba masanya syarikat bas dan pihak berkuasa memperketatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan terhadap kemudahan elektrik dalam bas. Keselamatan pengguna perlu menjadi keutamaan.

"Sebagai langkah pencegahan, syarikat bas mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggantikan soket 240V dengan soket arus rendah, seperti USB 5V, yang lebih selamat untuk mengecas peranti elektronik

"Dengan cara ini, risiko renjatan elektrik yang boleh menyebabkan maut dapat dikurangkan," tambah beliau lagi.

Hati-hati ya semua, jangan asal nampak soket terus guna. Lagi satu, jangan biasakan guna telefon bimbit ketika dicas. Kita sendiri tidak tahu keadaan aliran elektrik ketika itu yang sebenarnya boleh membahayakan kita sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang