'Maaf, esok hari terakhir.' 6 hari tanpa henti, Khairul Aming terpaksa akhiri misi bantuan banjir

No Image Caption
A
A
A

SISTEMATIK dan teratur, demikian cara pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menyampaikan sumbangan banjir di Kelantan.

Turun padang sejak 29 November lalu di negeri kelahirannya iaitu Kelantan, beliau memaklumkan terpaksa mengakhiri misi berkenaan pada Rabu, 4 Disember.

No Image Caption

Walaupun bakal meninggalkan Kota Bharu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman tetap menyeru orang ramai terutama sukarelawan untuk membantu menguruskan pengagihan barangan keperluan daripada beberapa pihak kepada mangsa-mangsa terjejas.

“Kita ada banyak sumbangan yang akan sampai pagi esok. Ramai manpowers diperlukan.

“Ayuh kawan-kawan kita all out esok. Volunteers, drivers, penyumbang, abang rela, pihak berkuasa dan semua orang terlibat, anda semua orang yang sangat hebat,”katanya.

No Image Caption

Menerusi sebuah video yang tular, influencer berusia 32 tahun itu terpaksa meninggalkan pusat bantuan banjir berkenaan dan pulang ke Kuala Lumpur atas sebab tidak dapat dielakkan.

Artikel Berkaitan:

"Esok, 4 Disember adalah hari terakhir misi bantuan banjir bagi KA (Khairul Aming) dan team BOB.

"KA minta maaf kami ada kerja yang tidak boleh dielakkan. Sudah seminggu tinggalkan bisnes, malah klien pun KA dah postponed.

"Esok adalah last day," katanya.

No Image Caption

Enam hari bertungkus lumus menyalurkan bantuan, pengusaha Sambal Nyet itu mengakui ia pengalaman mahal yang tidak dapat dilupakan.

Bermula daripada pek makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bantuan ditambah baik kepada barangan keperluan dan kawasan bantuan diluaskan meliputi sekolah, madrasah serta individu terperangkap.

No Image Caption

Dalam hantaran yang sama, Khairul Aming yang juga usahawan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu menjayakan misi bantuan banjir.

Sebelum ini, Khairul Aming memaklumkan pihaknya tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang kerana risau tidak dapat menguruskannya dengan baik.

Sumber: Instagram, TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang