Majlis sambut menantu diserikan dengan selawat dan al-Quran, Aisyah Aziz curi tumpuan tampil sopan berpurdah

No Image Caption
A
A
A

GENAP sebulan selepas majlis pernikahan dan resepsi penyanyi Aisyah Aziz dan suaminya, Dr Amir, semalam telah berlangsung pula majlis menyambut menantu.

Pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi video di TikTok memaparkan momen sekitar majlis yang indah dengan alunan selawat dan ayat suci al-Quran yang menarik perhatian warganet di laman sosial.

“Usai mengacarakan resepsi indah penuh nuansa Islami. Resepsi Aisyah Aziz dan Dr Amir. Selawat qasidah dan bacaan ayat suci al-Quran menghiasi ruang dewan yang makmur,” kongsinya Fedtri.

No Image Caption



Bukan hanya itu, penampilan Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz turut menjadi perhatian apabila beliau mengenakan purdah dalam busana serba kelabu.

Malah, solekan dan pelamin raja sehari itu juga menjadi topik perbualan orang ramai di ruangan komen perkongsian tersebut yang menyatakan ia kelihatan sama seperti birasnya, pelakon dan usahawan Neelofa.

Turut hadir, Neelofa dan suaminya yang juga abang kepada pengantin lelaki iaitu PU Riz atau Haris Ismail.

No Image Caption



No Image Caption



Keluarga Aisyah termasuklah abangnya iaitu penyanyi Aliff Aziz juga dilihat hadir bagi menyempurnakan hari bahagia adiknya.

Untuk rekod, Aisyah dan Dr Amir selamat diijabkabulkan dalam satu majlis yang berlangsung di Singapura pada 11 April lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang