'Mama papa minta maaf kakak...' 7 tahun terpisah merantau ke luar negara, pertemuan semula tiga beranak undang sebak

No Image Caption
A
A
A

SAYUNYA! Demi mencari sesuap nasi, suami isteri ini terpaksa berjauhan dengan anak sulung mereka.

Bekerja jauh di Australia selama tujuh tahun, sepasang suami isteri menitiskan air mata meminta maaf daripada anak sulung mereka ketika pertemuan semula.

Momen menyayat hati dan pengguna TikTok, anisumaira90 atau Anis dan suaminya pulang ke Malaysia bersama anak kedua untuk bertemu keluarga yang dirindui mengundang sebak warga maya.

Menerusi tiga bahagian video masing-masing yang ditonton hingga 4.7 juta kali itu, Anis memaklumkan beliau pulang ke Malaysia bagi menghadiri perkahwinan adiknya sekali gus membuat kejutan bersua dengan anak sulungnya yang dijaga keluarga sejak berusia empat tahun.

Sebak dan sayu, detik menyentuh hati menyaksikan air mata dan pelukan erat puteri sulung yang kini sudah berusia 11 tahun.

"Ya ALLAH anak kami, dulu separas paha sekarang sudah sama tingginya dengan mama.



No Image Caption



"Papa cakap dia sedih sebab anak sulung dia sudah besar sangat. Dulu masih boleh dukung lagi," kongsi Anis.

"Anak sulung kami tersangat kuat , anak yang tersangat hebat. Kami tak akan tinggal dia lagi.

"Dia tak pernah merungut. Setiap ujian manusia lain-lain dan ini ujian kami . Semoga kalian sentiasa doakan yang baik-baik dan semoga doa-doa baik berbalik semula kepada kalian," kongsi Anis.

Anis dan suami memeluk sambil berulang kali memohon maaf kerana meninggalkannya bersama keluarga sewaktu masih kecil.

Anis dan suaminya turut menerpa ibu yang sedang duduk di meja kenduri sebelum pasangan itu dihampiri ahli keluarga yang lain.

Tangisan kerinduan memecah kesunyian menyaksikan pertemuan semula anak-beranak.

Artikel Berkaitan:



Masing-masing tidak mampu berkata-kata dan hanya berpelukan melepaskan kerinduaan yang sudah lama terpendam sepanjang perpisahan.

Tiada niat tinggalkan lama, namun ada ujian yang tak disangka-sangka

Difahamkan, sepanjang tujuh tahun Anis dan melalui pelbagai cabaran di perantauan.

No Image Caption



Perkongsian Anis mengundang air mata. Tidak kurang juga mempersoalkan tindakan mereka meninggalkan anak sewaktu masih kecil, namun kebanyakan warganet memahami mungkin ada sebab tersendiri yang 'memaksa' keputusan itu dibuat.

Ujar mereka:

-"Kuatnya seorang anak perempuan. Tangisan selepas tujuh tahun memendam rindu. Saya juga menangis di sini, hati tisu."

-"Tengok part peluk anak sulung tu menitis air mata. Tak dapat bayangkan kalau berlaku kepada diri ini

-"Janganlah tinggalkan anak itu lagi, saya sedih."


Menurut Anis, beliau tidak lagi kembali ke Australia dan memulakan hidup di Malaysia.

Semoga pertemuan tersebut menjadi permulaan kehidupan baharu buat mereka sekeluarga.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang