Menang badminton tapi tak diraikan, jaguh cilik akhirnya terima hadiah raket baru. Ingin jadi pemain profesional, idolakan Lee Chong Wei

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini, tular di laman sosial TikTok video kanak-kanak bernama Nubhan, 8, yang terpaksa merakamkan gambar dab hadiah yang dimenangi sendiri selepas menyertai pertandingan badminton tanpa bantuan orang lain.

Memenangi tempat kedua kategori beregu, namun kemenangan kanak-kanak itu seolah tidak diraikan orang sekeliling. Hantaran itu menyentuh hati warga maya.

Lebih menyedihkan, Nubhan diilihat meminta tolong orang sekeliling untuk menangkap gambarnya namun tidak dihiraukan.

Aktivis masyarakat, Adrian Edy tampil berjumpa jaguh cilik itu dan menghadiahkan beberapa peralatan berupa raket, stoking dan kasut baharu.

"Syukur rezeki adik Nubhan, kami gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut, baju untuk dipakai senasa bermain badminton.

"Nubhan kata dia akan berusaha bersungguh sungguh untuk capai impian dia untuk jadi seorang pemain badminton yang berjaya nanti," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sebelum menemui kanak-kanak itu, difahamkan Adrian telah menghubungi si ayah untuk mengetahui latar belakang keluarga. Difahamkan ibunya bekerja kerani manakala ayah pula bekerja sendiri.

'RAKET INI MAHAL' - NUBHAN

Lebih menyedihkan, rupanya kasut lama itu yang dipakai semasa pertandingan adalah kasut terpakai pemberian orang manakala raket pula dipinjam daripada kakaknya untuk menyertai pertanding tersebut.

"Dia sangat terharu, siap cakap raket ini mahal, harga ratus ringgit. Raket untuk orang pro.

"Saya bersyukur kerana dapat gembirakan adik Nubhan," kongsi Adrian.

Menerusi video yang dimuat naik, Adrian turut menghadiakan kasut, stoking dan baju baharu untuk memberikan kanak-kanak itu semangat.

No Image Caption

Menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan bercita-cita pemain badminton profesional serta mengharumkan nama negara, netizen menitipkan doa moga Nubhan menjadi mencapai impiannya suatu hari nanti.

Ujar mereka:

"Nubhan malu-malu. Moga jadi juara sampai besar. Terima kasih Adrian!"

"Sedih tengok adik Nubhan. Fly higher dik, terima kasih orang baik."

"Terima kasih Adrian. For Nubhan, kamu akan jadi bintang satu hari nanti dik. Fly higher!!"

"Anak beginilah sepatutnya diasah bakat kerana bersemangat kuat. Semoga tercapai cita-citanya."

Syabas Nubhan daripada SinarPlus!

Sumber: TikTok Adrian Edy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang