Misi kutipan dana RM9 juta berjaya diperoleh, namun Athif telah 'pergi' selamanya. 'Tunggu ayah ibu ye sayang...'

No Image Caption
A
A
A

RAKYAT Malaysia pasti masih ingat lagi kisah dua orang bayi iaitu Wan Muhammad Naail Wan Aslam, 10 bulan dan juga Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan, setahun tiga bulan yang mana kedua-duanya memerlukan dana RM9 juta setiap seorang untuk membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta).

Bayi berkenaan yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 memerlukan ubat tersebut sebelum usia mereka dua tahun untuk kembali sembuh sepenuhnya.

No Image Caption

Alhamdulillah, usaha rakyat Malaysia yang bersatu padu mengumpulkan dana akhirnya berjaya. Mereka telah mendapat rawatan yang diperlukan pada Mei 2023. Empat bulan selepas rawatan, kedua-dua bayi ini menunjukkan perkembangan yang baik.

Alat pernafasan sudah boleh dibuka untuk tempoh yang lama. Ini menggambarkan otot jantung mereka sudah bertambah baik dan semakin kuat. Namun, takdir menentukan segalanya. Pada 21 Februari 2025, rakyat Malaysia menerima khabar duka bahawa Muhammad Athif Fahri telah pergi menghadap Ilahi.

“Tahun ini ayah ibu dan kakak tak dapat nak beraya dgn Athif sebab Athif dah seronok bermain dengan kawan di taman syurga. Ayah terlalu sayangkan Athif tapi ALLAH lebih sayangkan Athif. Jumpa kami semua di syurga ya sayang. Doakan ayah ibu, kakak putris terus kuat macam Athif. Tunggu ayah ibu ye sayang...” luahan ayah Athif di laman Facebook miliknya.

Anak bongsu kepada pasangan Mohd. Farhan Mohd. Sait dan juga Nur Azizah Zamri ini didiagnos dengan penyakit tersebut sejak lahir lagi dan memerlukan kos RM40 ribu sebulan bagi mengambil ubat setiap hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang