Pernah tular 12 cahaya mata bawah 40 tahun, suami isteri kini sambut bayi ke-13, warganet kagum rezeki anak ramai
MURAH rezekinya! Seronok menyaksikan kebahagian keluarga ini. Pernah tular memiliki 12 cahaya mata di bawah usia 40 tahun tahun lalu, kini pasangan itu menimang zuriat ke-13.
Sebuah video tular memaparkan momen manis Shamsuri Shafie, 40, dan Rosnaida Ismail, 39, menyambut anak ke-12 tular di laman sosial TikTok hingga meraih lebih 100,000 tontonan.
"Masih ingat lagi ? Masya-ALLAH. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Tempoh hari dikurniakan zuriat ke-12 dan hari ini, bertambah lagi menjadi 13 cahaya mata.
"Tahniah buat Puan Rosnaida Ismail dan Ustaz Shamsuri Shafie sekeluarga.
"Terima kasih kerana terus memilih kami bagi menyambut detik istimewa ini. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan penuh makna keluarga besar ini.
Artikel berkaitan:
"Alhamdulillah, rezeki harta yang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli. Semoga anakanda membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu bapa, serta membawa keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjangan buat keluarga," kongsinya.

Dibenarkan keluar dari wad bersalin, suasana meriah. Video dimuat naik Pusat Perubatan An-Nisa' itu menyaksikan anak-anak pasangan berkenaan teruja bertemu adik baharu mereka buat kali pertama.
"Alhamdulillah, selamat discaj anak yang ke-13. Meriah sungguh suasana, sampai admin pun masih kagum tengok kebahagiaan keluarga ni.
"Semoga keluarga ini sentiasa diberkati, dirahmati dan dipenuhi rezeki yang baik-baik selalu. Tahniah sekali lagi," titipnya.
Menerusi ruangan komen, Rosnaida mendedahkan dia tidak pernah mengalami masalah ketika hamil. Malah kelahiran juga lancar.

"Alhamdulillah tiada alahan, paras Hb pun memuaskan. Bersalin pun mudah dengan izin ALLAH," kongsinya.
Warganet memuji keadaan ibu yang berseri-seri biarpun selepas bersalin. Tidak kurang yang mendoakan agar si kecil membesar dengan sihat.
Terdahulu, pasangan itu pernah mendedahkan berkahwin ketika bergelar pelajar pada usia 18 tahun.
Mengakui mengimpikan keluarga besar, Shamsuri tidak lupa merakamkan terima kasih buat isteri tercinta.
Bapa itu juga menyifatkan anak sebagai pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
