Pesan ibu jadi sumber ketenangan Nabil Ahmad. '‘Majikan’ kita adalah ALLAH'

No Image Caption
A
A
A

PENGALAMAN mendewasakan. Itulah kata-kata yang sesuai digambarkan kepada penyampai radio Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin atas ujian yang menimpa mereka Mac lalu.

Nabil ketika ditemui SinarPlus baru-baru ini berkongsi pesanan ibu yang membuatkan dirinya berasa tenang ketika berdepan dengan ujian pada awal Mac lalu.

Menurut Nabil, ibunya memintanya untuk tidak berasa bimbang dalam soal rezeki memandangkan ia semua datang daripada Allah.

“Saya ada mengadu kepada ibu minta dia doakan. Kata ibu jangan risau. Dia pesan ‘majikan’ kita adalah ALLAH. Apa sahaja berlaku ALLAH tahu dan itulah yang terbaik.

“Saya tak pernah rasa ‘down’ seperti itu dan pesan ibu membuatkan saya tenang,” katanya ketika ditemui.

No Image Caption



Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini turut mengimbau kembali detik selepas dia dan dua rakan seperjuangan iaitu Radin dan Pak Azad menerima surat ‘direhatkan’.

“Kami sama-sama buat dan sama-sama tanggung akibat. Selepas dapat surat, kami menangis di depan pejabat sebelum pulang ke rumah.

No Image Caption



“Ketika itu kami hanya mengenangkan nasib sendiri sebab semua orang ada tanggungjawab masing-masing.

“Apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH dan ujian buat kami di bulan Ramadan. Walau apa yang berlaku, kami sentiasa ada buat satu sama lain,” jelasnya.

Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Nabil berkata mereka kini lebih berhati-hati dan berusaha menjadi medium terbaik memberi pengajaran kepada pendengar.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang