Pilu! Gadis dihempap kontena sempat hubungi ibu sebelum pergi selamanya. 'Mummy, sakit sangat...'

Kredit foto: JPBM Pulau Pinang, China Press, The Star
Kredit foto: JPBM Pulau Pinang, China Press, The Star
A
A
A

MENYAYAT hati!

Kemalangan maut di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah, Bukit Mertajam baru-baru ini cukup tragis. Kejadian sebuah kontena menghempap kereta dipandu seorang wanita, mengakibatkan Lee Zi Rou, 21, meninggal dunia di tempat kejadian.

Rupa-rupanya, dalam masa beberapa minit sebelum menghembuskan nafas terakhir dan ketika menahan kesakitan, Zi Rou sempat menghubungi ibunya, Lim, 42. Malah kata-kata terakhir mangsa gadis itu terus menghantui bonda tersayang.

"Mummy, sakit sangat!" luah Zi Rou.

Memetik The Star, perkara itu dikongsikan Lim dalam temu ramah dengan China Press.

Lim terus bertanyakan lokasi keberadaannya namun ia tidak berjawab sehingga lapan minit kemudian si ibu sendiri mendapati Zi Rou telah meninggal dunia.

No Image Caption

“Panggilannya saya terima pada pukul 9.24 pagi. Saya sudah berasa takut sebelum menjawab panggilan, kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Artikel Berkaitan:

“Saya tanya dia di mana, tetapi tiada jawapan,” kata ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 42.

Lim meminta seorang lagi anak perempuan membawanya ke jalan Zi Rou biasa lalu untuk berulang-alik untuk pergi ke tempat kerja.

Tidak berputus asa, ibu itu terus menelefon Zi Rou. Akhirnya panggilan itu dijawab seorang lelaki yang memberitahu lokasi anak perempuannya dan memaklumkan gadis itu dihimpit di bawah kontena.

No Image Caption

Apabila dia tiba di sana, Lim dengan panik merayu orang ramai untuk membantu mengeluarkan anak perempuannya.

“Tetapi tidak ada cara. Kontena kargo itu terlalu berat. Tiada siapa yang dapat membantu.

"Dia menghubungi saya pada 9.24 pagi dan pada 9.32 pagi ketika saya sampai di sana, dia sudah meninggal dunia,"kata Lim sambil menitiskan air mata.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi Rabu, Zi Rou yang memandu bersendirian kereta Perodua Bezza ke tempat kerjanya, terkorban selepas kontena yang dibawa sebuah lori treler terjatuh dan menghempap ​​kenderaannya.

No Image Caption

Difahamkan, Zi Rou ketika itu sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah apabila lori treler yang datang dari arah bertentangan membelok tajam ke kiri.

Kereta dipandunya remuk teruk akibat dihempap kontena.

Kejadian itu turut melibatkan empat buah kenderaan lain iaitu Perodua Bezza, Toyota Altis, Honda Jazz dan lori tiga tan.

Beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan, dengan seorang lagi pemandu cedera dan dibawa ke hospital.

Sebelum itu, tular beberapa klip video berkenaan kejadian tersebut yang memaparkan sebuah treler yang membawa kontena terbabas lalu menghempap beberapa buah kenderaan di laluan bertentangan.

Difahamkan, jasad Zi Rou akan disemadikan di Berapit Crematorium, Ahad ini.

Takziah buat keluarga mendiang Lee Zi Rou.

PEMANDU BUAT 'PEACE'

Tindakan pemandu lori kontena selamba menunjukkan tanda 'peace' kepada wartawan yang sedang merakamkan wajahnya membuatkan ramai tidak berpuas hati termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

"Saya difahamkan dia dibawa ke mahkamah hari ini dan menunjukkan isyarat 'peace'.

No Image Caption

"Orang macam ini dia bukan sahaja tidak menyesal malah tidak sensitif terhadap perasaan keluarga mangsa," katanya.

Anthony turut berkata siasatan lanjut akan dijalankan berhubung kemalangan ngeri itu.

"Panjang kontena tersebut 20 kaki manakala panjang treler itu boleh memuatkan dua kontena, namun pada hari itu hanya membawa satu kontena sahaja.

"Saya melihat ini ada unsur kecuaian dan tidak mematuhi keselamatan oleh pengendali treler tersebut.

"Miros akan menjalankan siasatan lanjut adakah ia berkaitan dengan teknikal mahupun kecuaian.

Ujian saringan awal dadah dan alkohol yang dijalankan terhadap pemandu itu menunjukkan negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: China Press, The Star, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang