Poligami 3 isteri jadi perhatian, ada dakwaan tak seindah disangka. 'Isteri kedua bernikah tanpa restu, tinggal di kedai?'
PERKAHWINAN poligami seorang lelaki bersama tiga isteri baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Majlis pada 1 Disember lalu menjadi bualan ramai, malah lelaki berkenaan menjadi inspirasi dan menerima pujian kerana disifatkan adil dan menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
Perkongsian peguam Asiah Abdul Jalil menerusi laman sosial Facebook beliau baru-baru mengejutkan ramai.
Masakan tidak, terlalu banyak 'plot twist' yang didedahkan mengejutkan warga maya termasuk dipercayai tidak mendapat restu daripada keluarga isteri kedua dan ketiga sewaktu menikahi wanita-wanita berkenaan.
Asiah juga menyenaraikan beberapa isu yang terjadi dalam perkahwinan lelaki tersebut termasuklah isteri ketiga yang dikatakan sudah dinikahi di Thailand sekitar setahun yang lalu dan perkongsian dibuat sekadar menutup kisah berkahwin lari.
Berikut dakwaan Asiah yang dikongsikan beliau:
Asiah mendakwa wujud isu ketika lelaki berkenaan menikahi isteri kedua dan pernah berlaku perceraian dalam perkahwinan poligami itu.
Peguam tersebut juga turut menyentuh isu giliran dan tempat tinggal yang mana dipercayai isteri pertama serta ketiga tinggal serumah.
Manakala, isteri kedua pula tinggal di rumah kedai dan pernah diceraikan menerusi WhatsApp sebelum rujuk.
Hantaran sosial media daripada Asiah telah menjadi perhatian sehingga lelaki berkenaan memuat naik kenyataan bahawa tuduhan tersebut adalah satu fitnah.
Menyertakan foto semasa ijab kabul, beliau menjelaskan arwah bapa mentuanya merestui perkahwinan tersebut.
Asiah sekali lagi mendedahkan dan berkongsi foto isteri kedua bernikah dalam keadaan duduk di kerusi roda dan percaya ia disebabkan cedera sewaktu terjun dari balkoni rumah untuk lari mengikuti lelaki itu.
Biarpun isu ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, beberapa individu dipercayai mengenali lelaki berkenaan seolah-olah mengiyakan dakwaan Asiah.
SinarPlus terdahulu berkongsi perkahwinan lelaki berkenaan yang memuat naik foto beliau dan tiga isteri di samping mempromosikan poligami harmoni.
Beliau antara lain menyatakan bahawa perkahwinan ketiganya itu direstui kedua-dua isteri yang terdahulu dan sanggup membantu menyiapkan majlis pernikahan suami dan madu baharu.
Artikel berkaitan:
'Tak seindah disangka', Shikin Maembong kongsi cerita hidup jadi isteri kedua
Dua isteri buat ‘surprise’ birthday, Ashraf Muslim titip pesan -“Jika ayah pergi dulu, jaga anak-anak dengan baik”
‘Aman damai, terbaiklah!' Ashraf Muslim muat naik gambar raya dengan dua isteri, keluarga bahagia jadi inspirasi warganet
Viral isteri pertama tabah hadir persandingan suami, wanita bahagia berkongsi kasih dengan sahabat baik
Sumber: Asiah Abdul Jalil 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang