Prasekolah dalam sekolah menengah, SMK Bukit Kapar cipta sejarah terima 4 murid comel 

No Image Caption
A
A
A

SELALUNYA sekolah menengah dipenuhi pelajar remaja belasan tahun, tapi lain pula kisahnya di SMK Bukit Kapar, Klang apabila empat murid prasekolah comel kini menjadi 'pelajar' baharu di situ.

Kehadiran mereka bukan sahaja mencuri perhatian warga sekolah, malah mencipta sejarah tersendiri apabila sekolah tersebut dipilih melaksanakan projek rintis prasekolah dalam institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

No Image Caption

Menerusi laman Facebook sekolah berkenaan, difahamkan pembukaan prasekolah tersebut berlangsung pada 27 Oktober lalu, menempatkan dua murid lelaki dan dua murid perempuan sebagai kumpulan perintis pertama program di sekolah berkenaan.

Kehadiran empat murid kecil itu nyata menceriakan suasana sekolah menengah berkenaan, malah mendapat sambutan hangat daripada para guru dan pelajar yang teruja menerima ‘adik-adik comel’ di acara perhimpunan sekolah.

No Image Caption

"Perkenalkan empat orang murid prasekolah yang pertama kalinya pembukaan prasekolah di sekolah menengah SMK Bukit Kapar.....

"Prasekolah rintis yang berada di sekolah menengah di Selangor.

"Tengok sambutan abang-abang  dan kakak-kakak terhadap adiknya," kongsi pemilik akaun TikTok Nor Hafiza.

No Image Caption

Murid-murid berkenaan dilihat melakukan rutin murid prasekolah iaitu menikmati hidangan minum pagi di kantin, melakukan aktiviti fizikal  ditemani guru dan pembantu.

Terdahulu, pada Mac 2024, Menteri Pendidikan, Fadhlina Siden berkata beberapa institusi  KPM di seluruh negara akan diwajibkan untuk menyediakan tempat bagi mewujudkan premis prasekolah untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun mendapat akses pendidikan yang bermutu tinggi.

No Image Caption

"Penyelarasan kokurikulum prasekolah yang perlu berlangsung segera. Kedua, KPM melihat dari segi kepentingan pendidikan prasekolah.

"Ketiga pula, beberapa institusi KPM sedang diselaraskan supaya perluasan pendidikan prasekolah dilaksanakan sebanyak mungkin kerana pendidikan yang ditawarkan ini adalah percuma dan perlu dimanfaatkan oleh seluruh lapisan rakyat, khususnya golongan B40," katanya.

Difahamkan, selain SMK Bukit Kapar, sebuah lagi sekolah menengah di Gombak terpilih sebagai projek rintis praskeolah dalam sekolah menengah di Selangor.

Sumber: Facebook, TikTok, AwaniBerita Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang