Raja Muda Selangor bakal bernikah 2 Oktober, Cik Afzaa Fadini wanita pilihan hati

No Image Caption
A
A
A

SULTAN Selangor, SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memaklumkan anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz pada hari Khamis, 2 Oktober 2025 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1447H.

Menerusi satu kenyataan menerusi laman sosial Instagram, Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor, Datuk  Mohamad Munir Bani memaklumkan Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

Sementara itu, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025.

Seluruh masjid di negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada 25 September 2025. Ia bagi memohon doa agar istiadat perkahwinan dan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar, sempurna dan mendapat keberkatan.

Pada tarikh berkenaan, Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di Shah Alam.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang