'Rasa lebih yakin nak jawab' – Roadtour SPM tarik ribuan pelajar Kelantan

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS kejayaan yang diraih menerusi dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), PTTI tidak tunggu lama untuk terus menyemarakkan semangat pelajar SPM.

Kali ini, mereka turun padang ke negeri Cik Siti Wan Kembang menerusi program Roadtour Skor A+ SPM yang berlangsung meriah di Hotel Grand Renai, Kelantan pada 19 Julai lalu.

Lebih 3,000 pelajar dari pelbagai sekolah sekitar negeri itu hadir.

No Image Caption

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, program tersebut merupakan salah satu usaha mereka untuk membantu pelajar lebih bersedia menghadapi SPM.

"Siri jelajah ini adalah usaha kami untuk mendekati pelajar secara terus, memberi motivasi, serta berkongsi teknik Skor A+ yang sudah terbukti membantu ramai pelajar sebelum ini,” katanya.

“Kami percaya setiap pelajar ada potensi untuk cemerlang, asalkan mereka diberi bimbingan yang sesuai dan suasana pembelajaran yang selesa.

Pelajar yang hadir pada siri jelajah itu memberikan pelbagai reaksi positif.

“Seronok sangat! Teknik yang diajar bantu saya lebih faham topik yang sebelum ni rasa susah. Sekarang rasa lebih yakin nak hadapi SPM,” kongsi seorang pelajar tingkatan lima.

No Image Caption

Seorang lagi pelajar pula berharap program seumpama itu dapat diperluaskan ke negeri lain:

“Harap program macam ni ada juga untuk pelajar di tempat lain.”

"Roadtour ini adalah cara kami mendekati pelajar secara terus dan kongsi strategi yang sudah membantu ramai pelajar sebelum ni,” katanya.

Menariknya, bagi memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar, PTTI turut mengumumkan potongan yuran istimewa sempena hari kelahiran Cikgu Fana pada 20 Julai lalu.

Malah, semua pelajar Tingkatan Satu hingga Lima turut ditawarkan potongan yuran sehingga 15 peratus bagi pendaftaran kelas dalam talian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang