Ribuan batu bata kosong bertukar jadi corak tikar anyaman, lain macam kreativiti guru sekolah ni!

No Image Caption
A
A
A

DARI jauh nampak macam biasa sahaja tapi bila dilihat dengan teliti rupanya corak unik yang menjadikan pemandangan sekolah ini lebih menarik.

Projek hasil kreativiti dan dedikasi cikgu seni dan guru-guru lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri, Sarawak ini mendapat pujian daripada warganet.

Menggunakan ribuan batu-bata dicat seperti anyaman tikar corak etnik Sarawak dan disusun rapi menjadi landskap yang penuh inspirasi. Ditambah pula dengan ayat pembakar semangat ‘Fight to be the best’ khusus untuk setiap pelajar.

Lebih mengagumkan, sekolah itu sudah lama komited pada kecantikan landskap dan kebersihan. Setiap sudut sekolah dihiasi dengan tanaman pokok bunga yang kembang mekar ibarat sekolah dalam taman.

Tahun lepas, SMK Merbau mendapat liputan media kerana kebersihan tandasnya dipuji sehingga memenangi anugerah Toilet of the Year Award (TOTYA’24) Kategori Sekolah 2024.

No Image Caption

Begitu juga dengan landskap yang penuh kehijauan dengan gantungan payung-payung berwarna-warni menceriakan di salah satu sudut sekolah tersebut.

Bukan sahaja luaran sekolah, malah guru di sekolah tersebut juga komited berusaha memberikan yang terbaik kepada setiap pelajar.

Cikgu Nancy Maria Thomas pernah tular kerana semangat luar biasa yang dtiunjukkan olehnya bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Demi menarik minat pelajar untuk kekal fokus dan memahami apa yang dipelajari, beliau sanggup bersiap cantik menggayakan pelbagai busana tradisional suku kaum Sabah dan Sarawak. ketika sesi pembelajaran.

Guru mata pelajaran Bahasa Melayu ini berpendapat kreativiti itu sangat penting untuk menarik minat pelajar untuk belajar.

Ada sesetengah pelajar suka tengok visual yang cantik manakala ada pelajar yang tak perlu rangsangan. Sebagai seorang pendidik, perlu meraikan kepelbagaian kebolehan anak-anak murid.

Dipandang dari sudut positif, kisah ini menggambarkan, jika cikgu diberi ruang dan sokongan, mereka boleh ubah tempat itu menjadi bukan sekadar sekolah tetapi inspirasi visual untuk semua.

Semoga ia menjadi sumber inspirasi kepada sekolah lain untuk mengikut jejak langkah yang sama. Syabas untuk cikgu-cikgu SMK Merbau, Miri!

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang