Ribuan pengunjung meriahkan Kelate Charity Festival, misi kongsi rezeki & bantu asnaf berjaya

No Image Caption
A
A
A

STADIUM Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, baru-baru ini berubah menjadi pusat keseronokan apabila lebih 50,000 pengunjung membanjiri Kelate Charity Festival (KCF) 2025.

Sejak hari pertama, suasana sudah cukup meriah – dari bunyi muzik yang mengalun, aroma pelbagai juadah tempatan, hingga gelak tawa pengunjung yang bersiar-siar di antara gerai jualan.

Festival ini mengangkat tema “Kasih Disemai, Rezeki Dikongsi, Budaya Kelate”, dan memang terasa dari awal hingga akhir.

KCF 2025 bukan sekadar hiburan; ia juga membawa misi kebajikan, memberi ruang kepada peniaga tempatan menjual produk, dan membuka peluang untuk masyarakat berinteraksi dalam suasana yang santai dan mesra.

Bagi peminat muzik, festival ini memang syurga. Ameng Spring memukau pengunjung dengan lagu-lagu hitsnya seperti Romantis dan Bougainvilla, manakala artis lain seperti Datuk Awie, Datuk Nash, Faizal Tahir, Senario, Caliph Buskers, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Naqiu, Halim Yazid dan Bob Sentuhan turut menyemarakkan pentas.

No Image Caption

Tidak ketinggalan persembahan 1,111 pendikir barat, 20 penyanyi, tukang karut, dan 1,111 peserta selawat dalam program Selawat Perdana, yang menambah elemen tradisi dan kerohanian dalam festival.

Bagi pengunjung kanak-kanak, KCF 2025 menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Ada Didi I & Friends, pertandingan mewarna, catur dan push bike, memastikan si kecil turut teruja sepanjang hari.

Bagi pengunjung yang gemar shopping dan fesyen, gerai jualan pakaian dan cenderahati tempatan menawarkan peluang untuk mendapatkan produk eksklusif sambil menikmati vibe santai festival.

Salah satu momen paling hangat ialah Kelate Charity Walk, apabila Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mencemar duli turun padang berjalan bersama rakyat.

Aktiviti sedemikian bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi inspirasi kepada pengunjung untuk hidup sihat dan merapatkan hubungan komuniti.

Festival ini turut menyentuh hati ramai. Seramai 500 orang asnaf menerima sumbangan daripada penaja termasuk Maybank, Bank Muamalat, dan Agro Bank, menekankan nilai perkongsian dan kasih sayang yang menjadi teras KCF.

No Image Caption

Idea “rezeki dikongsi, kasih disemai” jelas terasa dalam setiap sudut festival, menjadikan ia pengalaman yang bukan sekadar hiburan semata-mata.

Selain hiburan dan kebajikan, KCF 2025 juga menonjol dengan elemen fashion dan lifestyle. Dari gaya pengunjung yang berani bergaya ke pentas fesyen spontan di gerai-gerai, hingga artis yang memperagakan stail santai tetapi padu, semua ini menambahkan lagi vibe festival yang ceria dan penuh warna.

Tidak kurang juga pengunjung yang mengambil peluang untuk berswafoto dan merakam momen Instagramable, menjadikan pengalaman festival lebih seronok dan berkesan.

No Image Caption

Apa yang menarik, festival ini menunjukkan bahawa hiburan, budaya, dan kebajikan boleh berjalan seiring.

Semua aktiviti daripada persembahan artis, program keluarga, gerai jualan, hingga misi membantu asnaf, ia berlangsung dalam suasana santai, mesra pengunjung, dan penuh kenangan.

Dengan gabungan elemen hiburan, gaya hidup, kebajikan dan budaya tempatan, KCF 2025 memang meninggalkan impak yang mendalam. Festival berkenan bukan sahaja memberi keseronokan, tetapi juga pengalaman yang mengingatkan kita bahawa perkongsian, kasih sayang, dan budaya boleh dijalinkan dalam satu momen indah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang