'Sabarlah Dania...' Calon SPM hilang bapa ketika jawab peperiksaan runtun hati warganet, anak tunggal yang paling rapat

No Image Caption
A
A
A

TATKALA rakan sibuk menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, gadis ini diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Calon SPM yang dikenali sebagai Dania menangis apabila mendapat berita bapa disayangi meninggal dunia ketika beliau sedang menjalani peperiksaan tersebut.

Perkongsian daripada guru dikenali sebagai Cikgu Anis, bapa kepada pelajar Dania, Tengku Mohd Zamani Tengku Hamzah meninggal dunia ketika puterinya menjawab kertas Sejarah pada pagi itu.

No Image Caption

Malah lebih memilukan, hubungan Dania dan arwah bapa itu amat rapat sementelah beliau adalah anak tunggal.

Memetik hantaran berkenaan, berita kematian itu hanya dimaklumkan selepas pelajar itu selesai menjawab kertas Sejarah pada jam 1 tengah hari.

“Ketika peperiksaan kertas Sejarah, terima berita ayah Dania meninggal dunia.

“Cikgu tahan tak maklumkan kepada dia. Selepas habis kertas pukul 1 tengah hari baru beritahu.

Artikel Berkaitan:

“Dia rapat dengan ayah dia. Semoga Dania diberi ketabahan.

“Broken family, anak tunggal, sangat rapat dengan ayahnya. Pagi tadi dia sedang jawab kertas Sejarah, ayahnya meninggal mengejut,”titip guru berkenaan di TikTok.

No Image Caption

Menerusi video dimuat naik, gadis itu yang dalam kesedihan dan sayu ditenangkan oleh rakan-rakan di pekarangan tanah perkuburan.

Warga maya menitipkan semangat buat pelajar itu agar terus tabah. Tidak kurang yang mengimbau kenangan menghadapi situasi sama ketika menghadapi peperiksaan penting.

No Image Caption

"Ya ALLAH anak, besar sungguh dugaanmu. Harap hari ni kertas Matematik tidak memudarkan semangat awak. Aunty doakan awak berjaya dalam SPM ni. Jangan putus semangat, ya."

"Semoga kejayaan milik Dania."

"Walaupun dia sudah pergi, dia tetap mengharapkan kejayaanmu. Be strong, ayah ingin melihat kamu berjaya."

"Sabarlah adik Dania. Allahuakbar, berat betul ujianmu. Semoga diangkat segala amalan baik arwah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Sabar ya anakanda Dania. Aunty juga hilang ayah ketika Sijil Rendah Pelajaran dan kematian emak ketika SPM 1989. Hari kedua SPM. Sekolah berasrama penuh jauh daripada keluarga ketika itu. Dania awak kena kuat teruskan pelajaran demi masa depan."

Sekadar info, seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 2 Januari hingga 6 Februari depan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang